Saturday 19 March 2022

NASI LEMAK PACAK

 
Identiti atau pengenalan produk amat penting. Pelanggan akan kenal produk kita apabila ada identiti lain dari yang lain. Tengok sahaja orang tahu atau mengenalinya.

Cuba tengok gambar. Itu adalah bungkusan nasi lemak. Kalau hendak dikira, menang kebanyakan bungkusan nasi lemak macam tu.

Tetapi, pembuat nasi lemak ini mencuba untuk memperkenalkan identiti yang lebih menarik dengan menamakan ia sebagai ‘Nasi Lemak Pacak’ kerana bungkusannya yang ‘tajam’ terpacak.

Jadi, kepada peniaga, hasilkan sesuatu yang boleh pelanggan 'kenal' produk anda berbeza dengan yang lain. Identiti atau pengenalan itu amat penting. 


No comments:

Post a Comment