Sunday 6 March 2022

ARAK HANYA MEMBERI SEDIKIT KEBAIKAN

 
Hakikatnya, arak bukan perkara yang mendatangkan kebaikan, kecuali dalam beberapa situasi. Namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan kepada pengambilan arak kerana kesan buruknya lebih besar. 

Perkara ini dijelaskan Allah SWT melalui firman yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu khamar (arak) dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (Surah Baqarah ayat 219).

Sesungguhnya meminum arak daripada pada amalan syaitan yang mana sudah pasti tidak memberi apa-apa kebaikan, melainkan bertujuan untuk mendatangkan kebaikan.  

Syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan manusia, termasuklah perbuatan meminum arak. Sesiapa ingin mencapai kejayaan dalam hidup hendaklah meninggalkan perbuatan disuruh oleh syaitan.

Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah adalah semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah ayat 90).

No comments:

Post a Comment