Thursday 7 October 2021

MATA AIR TELAGA BIRU KAMPUNG CHEPOR LENGGONG

 
Geotapak Mata Air Telaga Biru diwakili oleh beberapa telaga di kawasan sekitar Kampung Chepor. Telaga ini telah digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai sumber air untuk kegunaan berkaitan kesihatan.

Mata air ini berwarna kebiruan dan sentiasa mengalir (seperti mendidih) menyebabkan komuniti tempatan mempunyai kepercayaan misteri mengenai sumber air ini.

Mengikut pemerhatian masyarakat setempat fenomena kemunculan buih mempunyai kaitan dengan aktiviti gempa bumi di Sumatera.

Komposisi air terdiri daripada asid bikarbonat, kalsium, kalium, natrium, sulfat, klorida, florida dan sedikit ferum dengan pH pada 7.6 dan suhu 26.7°C.

Oleh kerana sumber air muncul jauh dari dalam tanah, ketiadaan sedimen terampai dan kejernihan menyebabkan air kelihatan berwarna biru.

Telaga mata air ini berada pada jalur Sesar Bok Bak yang berarah barat laut- tenggara yang memotong kubah granit Chepor.

Mata Air Telaga Biru mempunyai kepentingan saintifik yang tinggi bertaraf kebangsaan kerana ia membuktikan bahawa Sesar Bok Bak bukan hanya satu jalur utama tetapi terdiri daripada beberapa beberapa jalur yang selari antara satu sama lain.

Telaga ini telah digunakan sebagai sumber air istimewa untuk kesihatan dan sesuai dibangunkan sebagai tapak pelancongan rekreasi.

Gambar FB Shamsul Anuar Nasarah 

No comments:

Post a Comment