Sunday, 26 September 2021

KERJAYA DALAM BIDANG GEOLOGI

Bidang geologi adalah sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi. Ia juga dipanggil bidang kaji bumi. 

Mereka yang terlibat dalam bidang geologi banyak menjalankan tugas di lapangan yang memerlukan mereka meneroka alam, meredah hutan rimba, melusuri sungai dan lembah, mendaki bukit dan sebagainya.

Segala dapatan di lapangan akan dibawa pulang untuk dianalisa di makmal mahupun kaedah-kaedah lain.

Di sektor kerajaan, lulusan bidang geologi berpeluang untuk menjadi pegawak penyelidik di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Ipoh, Perak. Peluang kerjaya juga ada di kementerian dan jabatan yang memerlukan lulusan bidang geologi.

Antara bidang tugas mereka ialah:
- Menjalankan R&D yang berasaskan sumber mineral (silika, lempung, batuan, bahan termaju).
- Menjalankan R&D dan kajian bersabit dengan pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian, tebusguna/pemulihan tanah bekas lombong/kuari.
- Menjalankan R&D berkaitan dengan alam sekitar / pencemaran akibat aktiviti perlombongan dan pengkuarian.
- Aktiviti R&D lain yang diarahkan oleh stake holder.

Lulusan dalam bidang geologi juga diambil bekerja di sektor swasta seperti pelombongan, pembinaan jalan raya, pembinaan empangan, pembinaan projek perumahan berskala besar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment