Tuesday 12 January 2021

CARA TUKAR PENAPIS KABIN HAWA DINGIN KERETA

Banyak berlaku kes penghawa dingin atau aircond kereta tidak sejuk. Keadaan itu memang tidak menyenangkan. Fungsi penghawa dingin kereta dianggap sudah satu keperluan, bukan pilihan. Lanjutan itu, pemilik kereta akan ke bengkel penghawa dingin kereta untuk baikpulih.

Sebenarnya, pemilik kenderaan boleh buat pilihan sama ada ingin ke bangkel atau tidak. Kebanyakan kes penghawa dingin kereta tidak sejuk berpunca penapis penghawa dingin atau dipanggil penapis kabin (cabin filter) sudah terlalu kotor sehingga tidak berfungsi lagi.

Kebanyakan kereta model baharu mempunyai penapis untuk menapis habuk daripada memasuki sistem penghawa dingin. Penapis bergantung kepada model atau jenis kenderaan. Sesetengah kereta ada penapis penghawa dingin dan sesetengah kereta tiada.

Jika penapis habuk itu terlalu kotor sehingga tidak mampu lagi ditembusi udara, maka penghawa dingin tidak akan menghasilkan hawa dingin di dalam kereta.

Untuk menukar atau mencuci penapis penghawa dingin tidak sukar. Yang penting tahu kedudukannya. Buka kunci atau penutup dan keluarkan penapis tersebut. Kemudian cuci sama ada menggunakan air atau dengan menyapu debu berkenaan dengan alat bersesuaian.

Kalau penapis sudah terlalu kotor, ia perlu ditukar dengan yang baharu. Ingat, ada jenis penapis yang boleh terus digunakan sehingga bertahun-tahun atau berulang-ulang dicuci.

Kalau belum tahu atau mahir untuk melakukan sendiri, boleh cari cara yang perlu dilakukan dengan mencari di laman sesawang. Banyak panduan secara video disediakan mengikut model kereta masing-masing.

Cara menukar tidak sukar dilakukan asalkan tahu tekniknya. Ia berbaloi berbanding jika menghantarnya ke bengkel. Lainlah, anda jenis yang tidak kisah berapa wang perlu dihabiskan asalkan tidak perlu buat sendiri. Kalau begitu, bengkel adalah destinasi yang perlu dipilih.

Harap panduan kali ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment