Monday 18 January 2021

NAMA JOYAH LEKAT PADA NORLIA GHANI

 
Norlia Ghani atau nama lengkapnya, Norlia Ghani Abdul Hamid antara pelakon terkenal malar segar yang masih mempunyai peminat setia biarpun telah berkecimpung di dalam seni lakonan sejak 1969. 

Beliau yang dilahirkan pada 19 Disember 1948 merupakan ibu kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli.

Norlia cukup dikenali rakyat Malaysia sebagai dramatis hebat yang tidak pernah gagal membawakan watak air mata. Antara drama lakonannya yang berbekas dalam ingatan khalayak, termasuklah Quran Buruk, Liang Lahad dan Tanah Kubur.

Filem lakonan pertama Norlia ialah Kachana Tirana pada tahun 1969, filem arahan P Ramle dengan memegang watak sebagai Chempaka.

Joyah adalah watak dipegang Norlia Ghani dalam Opah yang paling diingati. Namun Joyah begitu sinonim dengan Norlia Ghani sehingga sekarang masih ada peminat masih memanggilnya dengan nama itu biarpun drama bersiri popular RTM yang disiarkan pada awal 80-an sudah berlalu lebih 30 tahun.

Watak Opah dipegang oleh Zaiton Hussein, manakala Khatijah Abu Hassan memegang watak Jenab.

No comments:

Post a Comment