Friday 6 July 2018

PENGORBANAN MELAYU KEPADA KAUM PENDATANG

Kaum Melayu telah melakukan pengorbanan besar kepada kaum pendatang untuk menikmati bersama nikmat kemerdekaan negara. Mari kita ulangkaji sejarah kemerdekaan kerana ia releven sepanjang masa untuk dijadikan cemin diri. 

Sejarah kemerdekaan negara sungguh menarik membincangkan pengorbanan yang dilakukan oleh bangsa Melayu yang terkadang sudah banyak pihak melupanya. 

Hilang penghayatan kepada sejarah kemerdekaan menyebabkan ada individu dan kumpulan tidak menghargai kemerdekaan. Generasi hari tidak berusaha untuk menterjemahkan pengorbanan datuk nenek memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Jika Melayu selama ini sudah banyak berkorban demi keamanan dan kejayaan negara, mengapa kaum lain tidak dapat bertolak ansur dalam soal kepentingan bersama. Umum diketahui, bangsa Melayu peribumi asal menguasai negara kita sejak lama dahulu. 

Sejarah tamadun bangsa Melayu menguasai peradaban, semangat dan inspirasi bangsa Melayu sekarang. Kegemilangan bangsa Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka begitu meninggalkan kesan dalam diri setiap bangsa Melayu. 

Tidak akan hilang Melayu di dunia menjadi kata-kata azimat tinggalan Hang Tuah sentiasa membara. Namun, dalam mencapai cita-cita kemerdekaan, Melayu sanggup berkorban. Pengorbanan dimaksudkan ialah sanggup berkongsi kuasa dengan kaum pendatang.

Bangsa Cina dan India bukan bangsa pribumi. Majoriti penduduk Cina dan India pada ketika itu tidak dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka kaum pendatang dan tidak layak memikirkan soal memerintah negara sendiri.

Namun, Melayu sanggup berkorban demi mencapai kemerdekaan. Syarat mesti wujud perkongsian kuasa di kalangan penduduk Tanah Melayu seperti disyaratkan oleh Inggeris terpaksa diterima. 

Pengorbanan itu cukup besar. Ada pihak luar yang mempertikaikan keputusan itu yang dianggap sebagai sikap dayus bangsa Melayu. Namun Melayu sanggup melakukan semata-mata untuk kepentingan bersma. 

Pengorbanan sanggup berkongsi kuasa dengan penduduk yang hanya layak dipanggil pendatang adalah satu pengorbanan yang belum pernah dibuat oleh bangsa lain di dunia ini. 

Justeru, jika ada keistimewaan diberikan kepada bangsa Melayu, itu sememangnya satu hak yang tidak perlu dipertikaikan sebagai membalas jasa dan pengorbanan selama ini. 

Hakikatnya bangsa Melayu tidak tamak. Apa yang diperjuangkan hanyalah untuk mengembalikan hak yang telah lama tergadai. Bangsa Melayu berhak untuk mengecapi kemewahan negara hasil pengorbanan generasi terdulu. 

Semua kaum lain sedar status kaum Melayu di Malaysia. Memang wajar bangsa Melayu diletakkan pada kedudukan sekarang. Bangsa Melayu tidak dijadikan bangsa kelas pertama, tetapi sekadar diutamakan di dalam beberapa hal.  

Usahlah kita mudah terpengaruh dengan teori dari luar negara. Mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di negara kita. Kebanyakannya mereka yang lantang mengkritik sebenarnya tidak pernah menjejak kaki di negara kita. Mereka buta sejarah negara kita.  

Bahkan, ada yang berniat buruk kepada kita. Mereka sengaja tidak senang dengan keamanan dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Sangka mereka, dengan keadaan rakyat yang berbilang kaum, negara akan sentiasa mengalami ketegangan kaum.

Oleh itu marilah kita sama-sama menoleh sejarah lampau. Janganlah kerana masalah kaum menjadikan negara dalam keadaan huru hara. Peristiwa 13 Mei perlu dijadikan pengajaran yang berpunca akibat rasa banci dan iri hati antara kaum. 

Masalah pemilikan ekonomi yang tidak seimbang antara Melayu dan Cina turut menjadi punca peristiwa berdarah itu.   

Untuk mencapai kejayaan, bangsa Melayu perlu bangkit membina kekuatan sendiri. Melayu tidak harus bertongkat sepanjang masa. Melayu mempunyai peluang yang luas untuk berjaya. Bantuan disediakan kerajaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. 

Statistik menunjukkan kejayaan orang Melayu dalam pelbagai bidang masih jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Dari segi ekonomi, jumlah ekuiti bangsa Melayu hanya berjumlah kira-kira 19 peratus. 

Biarpun ia jauh lebih baik berbanding hanya kira-kira 2.4 peratus pada tahun 1970, hakikatnya ia gagal mencapai sasaran 30 peratus yang sepatutnya dicapai pada tahun 1990. 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancar pada tahun 1970 hingga 1990 banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu. Kadar kemiskinan bangsa Melayu menurun dengan banyaknya. Bagaimanapun, kadar kemiskinan bangsa Melayu berbanding bangsa lain masih tinggi.

Pencapaian pendidikan tinggi bangsa Melayu amat memberangsangkan. Bilangan orang Melayu mencapai kelulusan ijazah pertama meningkat berkali ganda, termasuk dalam bidang profesional seperti kejuruteraan, perakaunan, perubatan dan teknologi.

Dalam pada itu, apa yang masih membimbangkan ialah kualiti siswazah Melayu. Biarpun bilangannya meningkat, tetapi tahap kelulusan masih rendah. Inilah menjadi punca lambakan siswazah Melayu yang gagal memperoleh pekerjaan selamat tamat pengajian.

Kelulusan yang mereka peroleh tidak menepati kehendak bakal majikan. Ia ditambah pula sikap memilih pekerjaan dan tidak mahu berusaha lebih. 

Sewajarnya bangsa Melayu menyahut cabaran meningkatkan kedudukan dalam semua bidang sesuai dengan kejayaan dicapai negara secara keseluruhannya. Bangsa Melayu masih boleh berbangga dengan kekuatan kuasa yang masih ada di tangan orang Melayu. 

Usaha paling penting diusahakan sekarang ini Melayu perlu bersatu. Jangan jadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

No comments:

Post a Comment