Ada pendapat mengatakan kena minum banyak
air untuk cuci usus atau cepatkan pengeluaran bahan tidak perlu di dalam badan
melalui air kencing dan peluh. Sebenarnya, minum banyak air memang baik untuk
badan, tetapi bukan satu cara untuk cuci usus.
Setiap apa yang kita makan dan minum akan melalui proses tertentu sebelum ia dikeluarkan daripada badan. Pertamanya, usus akan hadamkan apa yang dimakan atau diminum, kemudian diserapkan ke dalam darah, sebelum bahan itu diproses oleh hati dan buah pinggang.
Jadi, biarpun minum banyak air, ia tidak akan terus membawa keluar bersama-sama toksin. Air tidak akan terus keluar semula melalui dubur. Air yang berlebihan akan diserap oleh usus ke dalam darah dan kemudian yang mana tidak diperlukan dibawa melalui buah pinggang untuk diproses sebelum keluar sebagai air kencing.
Banyak orang salah anggap mengenai keadaan ini. Sebab itu ada pengidap kencing manis akan minum banyak air kosong selepas minum air manis atau makanan manis-manis kononnya untuk mempercepatkan proses pengeluaran kandungan gula dalam badan.
Hakikatnya, minumlah banyak mana sekalipun air kosong selepas mengambil makanan dan minuman bergula, gula itu tetap akan diserap ke dalam darah dan melalui proses biasa seperti kita tidak minum banyak air.
Untuk mengelak masalah ditimbulkan oleh tabiat buruk cara pemakanan, hentikan amalan itu. Kalau kita tahu gula tidak baik untuk kesihatan, kurangkan pengambilan gula dan makanan serta minuman manis.
Ingat, minum banyak air tidak memberi kebaikan dari segi “mencuci” usus. Usus bukan seperti longkang yang boleh dialirkan dengan banyak air untuk mencucinya.
Sebab itulah doktor nasihatkan makan makanan yang sihat. Doktor tikat kata boleh makan apa saja sebab lepas itu boleh “flush” dengan minum banyak air.
Jaga pemakanan, elak perkara buruk terjadi kepada kesihatan.
No comments:
Post a Comment