Friday 25 February 2022

TETUANG TANDUK KERBAU

 
Tetuang adalah sejenis alat bunyi-bunyian yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Generasi baharu mungkin tidak mengenali tetuang namun instrumen tradisional itu sudah lama digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Tetuang boleh mengeluarkan bunyi atau gema menerusi getaran udara selepas ditiup turut berfungsi sebagai alat komunikasi pada zaman dahulu.

Bagaimanapun tetuang kini hanya boleh dilihat secara eksklusif pada majlis tertentu seperti istiadat diraja, tetamu kehormat atau majlis keraian.

Tetuang digunakan untuk memanggil atau memberitahu sesuatu maklumat pada masa dahulu.

Penggunaannya boleh disaksikan dalam filem Melayu klasik termasuk filem arahan Tan Sri P Ramlee seperti Nujum Pak Belalang dan Pancha Delima yang membuktikan tetuang boleh menjadi alat penting untuk berkomunikasi.

Pada masa dahulu tetuang hanya boleh dimiliki oleh individu penting seperti ketua kampung, penghulu atau mereka yang dipertanggungjawabkan.

Tanduk kerbau jantan digunakan membuat tetuang kerana ia ada lompang di bahagian dalam, berbanding tanduk kerbau betina lebih tumpat yang lebih sesuai untuk membuat hulu dan sarung parang.

Meniup tetuang walaupun nampak mudah namun bukan semua orang boleh melakukannya kerana memerlukan kaedah getaran pada bibir.



No comments:

Post a Comment