Apa
kaitan gula dengan minyak masak? Handak beli minyak masak satu kilogaram, kena
beli gula satu kilogaram.
Itulah
syarat yang dikenakan oleh sebuah kedai runcit, apabila ingin membeli minyak
masak dalam paket.
Perkara
ini berlaku disebabkan bekalan minyak masak paket satu kilogaram amat
berkurangan di pasaran sekarang? Tetapi, timbul satu persoalan mengapa pula
perlu dikaitkan dengan gula?
Minyak
masak paket sekilogram sering menjadi pilihan peniaga makanan dan masyarakat
memandangkan harga minyak masak lima kilogram agak tinggi di pasaran.
Masalah
putus bekalan minyak masak paket sudah menjadi isu tahunan kerana tidak pernah
selesai sejak sekian lama.
Masalah
ini perlu diatasi dan kerajaan perlu memastikan sistem amaran awal bekalan
diaktifkan bagi membolehkan persediaan awal dilakukan untuk mengatasi
kekurangan bekalan.
Setiap
tahun anggaran jualan minyak masak paket sudah diketahui dan kementerian
berkaitan perlu lebih peka jika berlakunya penyusutan mendadak bekalan.
Jika
trend penyusutan berlaku, kementerian boleh mengambil langkah proaktif dengan
memastikan pengeluar mengeluarkan bahan mentah itu mengikut kapasiti yang
sepatutnya bagi mengelak kekurangan bekalan.
No comments:
Post a Comment