Dunia
Melayu kaya cerita beri pengajaran didik masyarakat secara halus dan
sindiran. Cerita 'dilakonkan' watak binatang mahupun orang yang disifatkan
dengan sifat atau perangai tertentu.
Antara
cerita popular ialah Mat Jenin, Pak Pandir, Lebai Malang, Arnab dan Kura-kura,
Sang Kancil dan sebagainya. Cerita itu yang biarpun banyak diceritakan kepada
kanak-kanak, namun tidak terkecuali orang dewasa turut meminatinya.
Tersebutlah
kisah Si Arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan pada sebatang jalan di
tepi sungai. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yang merangkak-rangkak
naik ke tepi sungai.
Lalu
Si Arnab berkata: "Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat?
Bila nak sampai tu? Teruklah kau ni."
Si Kura-kura pun menjawab: "Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama aku
sampailah. Dah begini keadaan aku... terima ajelah."
Si Arnab berkata lagi sambil ketawa: "Ha..ha..ha…geli hati aku lihat cara
engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha."
Si Kura-kura tidak puas hati dengan kata-kata Si Arnab itu, lalu berkata:
"Jangan engkau hina aku Arnab. Kau belum tentu hebat dan boleh mengatasi
aku dalam semua perkara."
"Eleh....kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah!" kata Si Arnab
kepada Si Kura-kura dengan angkuhnya.
Si Kura-Kura rasa tercabar, namun masih dapat bersabar dengan kata-kata Si Arnab
itu lalu berkata: "Jangan yakin sangat wahai Arnab. Belum cuba belum
tahu ......."
Si Arnab yang memulakan cabaran sebaliknya rasa tercabar lalu berkata:
"Aku cabar engkau, siapa yang sampai dulu ke hujung jalan sana, dia akan
menang."
"Ok! Aku terima cabaran kau, bila, di mana, cakap....aku bersedia
bila-bila masa.... " ujar Kura-kura.
Lalu Si Arnab buat keputusan: "Hmmmm...esok pukul 4 petang"
Si Arnab telah menghebohkan perlumbaan itu dengan mengundang seluruh suku
sakat, ipar-duai, dan juaknya serta rakan-rakan rapatnya untuk menyaksikan perlumbaan
itu nanti, dengan niat untuk menunjukkan kekuatannya dan pada masa yang sama
memalukan Si Kura-kura.
Maka, bila tiba masa dan hari dijanjikan berlumbalah Si Arnab dan Si Kura-kura
dengan disaksikan oleh seluruh penghuni rimba. Si Kancil telah dilantik menjadi
pengadil perlumbaan.
Sebaik
perlumbaan dimulakan, Si Arnab terus memecut laju ke hadapan sambil menerima
tepukan gemuruh dari penonton. Manakala Si Kura-kura pula bermula
perlahan-lahan, namun tidak sedikitpun menunjukkan rasa kecewa.
Pada
satu peringkat perlumbaan Si Arnab menoleh ke belakang. Dia melihat Si Kura-kura
sayup-sayup kelihatan di belakang antara nampak dan tidak dalam bayangan
fatamorgana.
Si Kura-kura pula terus melangkah, melangkah dan terus melangkah ke hadapan
tanpa mempedulikan di mana kedudukan arnab. Matlamatnya hanya satu untuk
menamatkan perlumbaan.
Si
Kura-kura tidak kisah kalau kalah kepada Si Arnab kerana tahu kekurangan yang
ada pada dirinya. Si Kura-kura tidak malu bakal menerima kekalahan, tetapi
yakin dapat menamatkan perlumbaan biarpun lama masa diambil.
Manakala Si Arnab yang sombong telah berada jauh di hadapan dan yakin bahawa
perlumbaan itu pasti dimuktamadkan dengan kemenangannya, Si Arnab berehat
sebentar di pangkal sebatang pokok. Dengan tiupan udara rimba yang nyaman,
Si Arnab tertidur di situ.
Ketika
Si Arnab tertidur, Kura-kura meneruskan perjalanan tanpa berehat. Tidak berapa
lama kemudian Si Kura-kura tiba di pohon di mana Si Arnab sedang lena tertidur.
Selepas terjaga dari lenanya Si Arnab menoleh ke arah lembah di mana kedudukan
terakhir Si Kura-kura yang dilihatnya sebelum dia tertidur. Namun Si Kura-kura
telah tiada.
Apabila
Si Arnab menoleh ke atas bukit, dia melihat Si Kura-kura sedang menerima tepukan
dan kata-kata semangat dari penonotn kerana kedudukannya sudah hampir dengan
garisan penamat.
Si
Arnab yang terkejut dengan situasi itu terus berlari sekuat hati untuk memintas
Si Kuru-kura di garisan penamat. Namun, apabila hampir di garisan penamat,
Si Kura-kura terlebih dahulu melepasinya.
Si
Arnab hanya ketinggalan satu meter di belakang Si Kura-kura. Jadi,
pengadil perlawanan, Si Kancil telah mengiystiharkan Si Kura-kura sebagai juara
pertandingan dan disambut dengan tepukan serta sorakan gemuruh dari seluruh
penghuni rimba.
Demikianlah
selingkar kisah perlumbaan Si Arnab dan Si Kura-kura. Apakah Iktibar dari Kisah
Kura-kura dan Arnab ini?
- Jika hendak berjaya, bukanlah semestinya mempunyai kepandaian dan kekuatan
fizikal sahaja. Tetapi yang penting ialah sikap.
- Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang,
maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan
seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya.
- Sikap angkuh menyebabkan lupa diri.
-
Kekuatan dan kelebihan diri belum tentu memberi keuntungan jika tidak digunakan
dengan sebaik-baiknya.
-
Kelamahan tidak semestinya menyebabkan kegagalan. Sebaliknya usaha tanpa
jemu akan membuahkah kejayaan.
-
Jangan pendang rendah kepada kemampuan pihak lawan biarpun ternyata dalam serba
kekurangan.
-
Sikap buruk membawa kepada kegagalan.
-
Sikap sambil lewa, sikap terlalu yakin, sikap bertangguh, sikap berpuas hati
dan suka memandang rendah terhadap kemampuan orang lain perlu dijauhkan.
- Sikap positif membawa kepada kejayaan.
- Jangan mudah mengaku kalah biarpun sedar kemampuan kita tidak setanding
dengan orang lain.
-
Tetapkan matlamat dan jangan mudah rasa putusa asa.
-
Jangan persia-siakan peluang yang ada.
-
Untuk berjaya, amat penting sentiasa konsisten ataupun istiqamah.
-
Sabar membawa kepada kejayaan.
-
Bentuk keyakinan dan pertahan harga diri yang tinggi.
-
Jangan mudah mengalah biarpun nampak seakan-akan atau pasti akan kalah.
No comments:
Post a Comment