Monday, 2 June 2025

PERKHIDMATAN RAILBUS DISEDIAKAN KTMB

 
Railbus adalah kereta penumpang ringan yang mempunyai enjin automotif. Ia berkongsi banyak aspek pembinaannya dengan bas, biasanya mempunyai badan bas (asal atau diubah suai) dan empat roda (2 paksi) pada asas tetap dan bukannya pada bogie.
 
Pada asalnya direka dan dibangunkan pada tahun 1930-an, railbus telah berkembang kepada dimensi yang lebih besar. Railbus yang direka untuk digunakan khusus di laluan kereta api yang kurang digunakan.
 
Sebelum wujud perkhidmatan KTM Komuter yang mula beroperasi pada 14 Ogos 1995, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada menyediakan perkhidmatan yang dikenali railbus atau bas rel.
 
Perkhidmatan railbus di Malaysia yang dikendalikan oleh KTMB mula diuji pada bulan Ogos 1984 dan beroperasi secara rasmi pada tahun 1988. Konsep perkhidmatan railbus untuk pengangkutan penumpang jarak dekat melibatkan beberapa laluan.
 
Antara laluan tersebut ialah:
- Kulai-Singapura-Kulai
- Kuala Lumpur-Port Klang-Kuala Lumpur.
- Gemas-Mentakab-Gemas
- Ipoh-Butterworth-Ipoh.
- Butterworth-Arau-Butterworth.
- Port Klang-Kuala Lumpur-Sentul.
 
Railbus bergerak dengan kelajuan sederhana, tetapi sangat penting sebagai mod pengangkutan rakyat yang murah, efisien dan mampu menampung ramai penumpang harian seperti pelajar, pekerja pejabat dan peniaga kecil.
 
Sistem ini akhirnya dihentikan apabila KTMB memperkenalkan KTM Komuter pada tahun 1995, yang membawa revolusi dalam pengangkutan awam di Lembah Klang dengan laluan yang lebih kerap, pantas dan stesen yang moden.

No comments:

Post a Comment