Thursday, 22 May 2025

ZON INDUSTRI AKUAKULTUR DANAU TOK UBAN

 
Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan seluas 607 hektar telah dijadikan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) dengan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan. Pelancaran Danau Tok Uban sebagai ZIA dibuat pada 01 April 2021, yang sekali gus sebagai asas untuk memajukan kawasan tersebut sebagai lokasi pengeluaran hasil ikan air tawar terbesar di Kelantan.
 
Sebelum perlaksanaan ZIA, lokasi Danau Tok Uban sememang telah ada aktiviti penternakan ikan dalam sangkar yang dilakukan penduduk setempat, selain penangkapan ikan yang kawasan semula jadi.
 
Pada tahun 2019, sebelum pelancaran ZIA, pengeluaran ikan di Danau Tok Uban adalah sekitar 45 tan metrik bernilai RM310 ribu.
 
Jumlah itu meningkat ketara kepada 227 tan metrik ikan bernilai RM1.8 juta, melalui 728 sangkar yang diusahakan oleh 86 penternak.
 
Kajayaan tersebut hasil usaha dilakukan penduduk setempat dengan bantuan dan khidmat nasihat oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.
 
Aktiviti akuakultur di Danau Tok Uban adalah sebagai aktiviti utama selain lokasi tersebut dijadikan Loji Janakuasa Solar Terapung yang terbesar di Malaysia. Projek ini mampu menjana tenaga sehingga 98MWp, cukup untuk membekalkan elektrik kepada lebih 33,000 buah rumah.
 
Kedua-dua aktiviti tersebut, selain ekopelancongan serta aktiviti tradisi masyarakat setempat yang rata-rata menjadi petani, mampu meningkatkan pendapatan penduduk setempat dan meningkatkan aktiviti ekonomi yang membawa kebaikan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

No comments:

Post a Comment