Monday 5 February 2024

LALUAN KENDERAAN AWAM DI TERMINAL BAS LEMBAH SIREH

 
Terminal Bas Lembah Sireh bukan sahaja tidak selesa kepada penumpang bas, bahkan banyak menimbulkan masalah kepada pengguna lain, termasuk mereka yang menghantar penumpang.
 
Harap pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beri perhatian terhadap perkara ini.
 
Satu perkongsian di FB oleh Nik Mustakim Yusoff:
 
Kata abang J tadi, tindakan ini kerana mendapat aduan oleh pengusaha bas kerana kenderaan awam masuk dan gunakan laluan masuk/keluar bas dari terminal berkenaan..
 
Saya sudah maklum abang J tadi bahawa saya masuk dan gunakan laluan kenderaan awam dan terpaksa keluar melalui jalan belakang dan terpaksa masuk ke laluan terminal yang mana jalannya lebih baik untuk laluan manusia gunakan..
 
Saya setuju dikenakan kompaun ini..tetapi adakah pihak abang J sudah melihat di laluan yang digunakan oleh orang awam sebagai tempat letak kenderaan?
 
Adakah ia digunakan untuk tempat letak kenderaan sahaja atau laluan berkenaan digunakan untuk aktiviti lain juga?
 
Adakah sesuai laluan berkenaan digunakan dua hala, Iaitu masuk dan keluar arah yang sama?
 
Adakah laluan berkenaan diturap dengan baik tanpa boleh mendatangkan risiko bahaya atau kerosakkan kepada kenderaan orang awam yang menggunakannya?
 
Adakah laluan berkenaan cerah, selamat dan mempunyai papan tanda yang cukup sebagai panduan?
 
Silalah kaji dan lihat dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat..
 
Jika semua persoalan ini dijawab dengan sepenuhnha lengkap, baik dan selamat, maka saya setuju kompaun ini diberikan..
 
Jika sebaliknya, berfikirlah dahulu sebelum membuat sebarang tindakan yang akan menyusahkan orang ramai..
 
Inilah kali pertama saya dikompaun sejak mempunyai lesen lebih 20 tahun..
 
Semoga apa yang diperkatakan ini menjadi panduan buat semua..
 
Jika diberikan masa dan peluang, insya-Allah .saya akan ke sana untuk ambil gambar waktu siang dan waktu malam..
 
Nanti kita sama-sama fikir logik dan keperluan di sebalik setiap tindakan itu ya...

Catatan:
Stesen Bas Sementara Lembah Sireh merupakan stesen bas yang terbesar di Kota Bharu. Perkhidmatan bas express yang merupakan pengangkutan utama bagi rakyat Kelantan telah menjadikan stesen bas ini di antara yang tersibuk di Malaysia. Hampir kesemua destinasi di Semenanjung Malaysia ada stesen bas ini. Antara laluan yang paling sibuk dan menjadi pilihan penumpang ialah ke Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak dan Johor.

Baca juga
Anda boleh disaman sekiranya ingkar






No comments:

Post a Comment