Thursday 8 June 2023

ADA BAK KUT TEH HALAL

 
Sebut sahaja “bak kut teh”, satu menu yang terkenal di kalangan bangsa Cina, lalu dikatakan haram. Nama bak kut teh menerjah segenap laman media sosial apabila ada pemimpin menulis status mengenai “mempersoal” cadangan agar bak kut teh dimasukkan dalam senarai ‘makanan kebangsaan”.
 
Elok kita ambil tahu sedikit mengenai bak kut teh. Sebenarnya "bak kut teh" adalah bahasa Hokkien, "bak" bermakna "daging", "kut" ialah "tulang", "teh" tu "teh" lah. Dalam makanan Cina bukan Islam bak kut teh adalah masakan daging dan tulang khinzir direbus dengan sup herba Cina.
 
Disebabkan masakan bak kut teh ni selalunya dimasak oleh bukan Islam dengan daging yang tidak halal, maka ramai orang salah faham ingatkan perkataan bak kut teh mestinya tidak halal.
 
Dengan kata lain, bak kut teh halal dimakan penganut Islam jika penyediannya dilakukan menggunakan bahan halal. Haram atau halal bukan bergantung kepada namanya.
 
Sup lembu yang menggunakan daging lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam juga tidak halal dimakan. Ia tiada kaitan dengan nama bak kut teh, tetapi kerana daging lembu tidak disembelih adalah haram.
 
Jadi, jangan sekali-kali hanya disebabkan nama, ia dihukum halal atau haram.
 
Berfikir dan bertindak bijak.
 
Gambar – bak kut teh halal disediakan di restoran dimilik peniaga Islam. Tidak menggunakan daging babi, sebaliknya digantikan dengan daging ayam.

No comments:

Post a Comment