Friday 7 January 2022

TEKNIK BETUL MENGAPUR PULIHKAN PH TANAH

 
Pengapuran merupakan kaedah untuk meningkatkan pH tanah. Kebanyakkan analisis purata tanah adalah pada tahap yang berasid antara 4.47 - 5.0. Terdapat juga tanah-tanah yang berada pada pH yang agak serius antara 3.6-4.5 (sangat berasid).

Pengapuran merupakan perkara yang perlu bagi memastikan pH tanah adalah pada tahap yang optimum (5.5-6.5) dalam memastikan pengurusan pembajaan dan tanaman yang lebih berkesan.

Lokasi pengapuran adalah pada jarak 1-2 kaki daripada pangkal pokok (bergantung kepada saiz kanopi) dan terkeluar sedikit daripada zon kanopi pokok.

Gemburkan tanah dan tabur kapur mengikut kepada tahap bacaan pH yang diperoleh.

Contoh:
pH semasa = 4.5
pH dikehendaki = 5.5
Beza pH = 1.0

Formula = (Beza pH x 2.0 tan/Ha)
1.0 pH x 2.0 tan/Ha = 2.0 tan/Ha atau 200 gram/meter persegi.

Ukur berapa meter persegi kanopi pokok. Andaikan 4 meter persegi, maka, pengapuran 1 pokok adalah.
4mp x 200gram = 800gram/pokok.

Nota:
Tanah pasir = 1 tan/Ha
Tanah Liat = 2 tan/Ha
Tanah Gambut = 3 tan/Ha

Sumber : FB Ahmad Saif

No comments:

Post a Comment