Monday 15 November 2021

CARA HALAU MONYET MASUK KEBUN

Monyet dan kera merupakan sejenis haiwan dari rumpun  primate haplorin iaitu rumpun haiwan yang selalunya berada atau tinggal berhampiran manusia.

Kehadiran monyet ini selalu menjadi ancaman kepada kebanyakan petani dan juga rumah kediaman apabila haiwan itu menganggu. Walaupun usaha menangkap dan mengalihkan populasi monyet sering dilakukan namun ia tidak pernah menyelesaikan masaalah.

Lokasi berhampiran penempatan manusia membolehkan monyet ini membiak dengan cepat apabila banyak makanan di sekelilingnya.

Monyet umumnya juga disifatkan jenis haiwan sebagai cerdas, aktif dan hidup secara berkumpulan.

Monyet mendapatkan makanan dari sumber semula jadi dalam hutan seperti buah dan sebagainya. Sudah pastinya, jika tinggal berhampiran penampatan manusia, kebun buah-buahan akan menjadi sasaran. Bahkan, monyet akan masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan.

Antara cara menghalau gangguan monyet ialah dengan menggunakan anjing di dalam kebun atau dekat rumah. Anjing merupakan sejenis haiwan penjaga yang amat baik.

Anjing akan menyalak untuk menakutkan haiwan lain yang dapat menceroboh kebun. Anjing juga akan mengejar haiwan yang datang itu jika berada di atas tanah.

Cara kedua ialah meletakkan pakaian atau baju petani yang ada peluh manusia. Peluh ini yang dibiarkan kering pada baju, seluar atau topi bolehlah diletakkan di beberapa lokasi yang mana sering berlaku serangan monyet.

Pakaian berbau ini akan menjadikan monyet fikir petani masih ada di dalam kebun. Bagaimanapun petua yang lebih praktikal adalah menggunakan pakaian orang asli yang rajin berburu dan diletakkan di kawasan kebun yang sering diserang monyet.

Cara seterusnya ialah dengan meletakkan patung harimau atau patung orang di tempat yang selalu didatangi monyet. Monyet akan menyangka patung itu harimau atau orang sebenar.

Eloknya, patung ia diubah-ubah kedudukannya agar monyet berasa lebih takut kerana menyangka ia boleh bergerak-gerak. Ini kerana jika dibiarkan terlalu lama pada satu-satu tempat, ada monyet yang berani akan cuba mendekatinya. Dan, jika diketahui bahawa ini hanya patung yang tidak boleh mendatangkan bahaya, patung itu pula akan dijadikan mainan. 

No comments:

Post a Comment