Thursday, 28 October 2021

AIR NIRA MENGANDUNGI ALKOHOL

 
Air nira atau air tuak adalah cairan manis diperoleh melalui proses menyadap dari pokok jenis palma seperti kelapa, kurma, kabung, tal dan nipah. Proses mendapatkan nira berbeza-beza mengikut jenis pokok.

Contohnya, nira dari pokok kelapa diperoleh dengan cara memotong mayang muda. Manakala nira pokok nipah diperoleh dari bahagian tandan yang telah tua.

Air nira mengandungi antara 10 hingga 15 peratus gula sukrosa dan selebihnya air. Ia juga mengandungi mineral dan vitamin.

Air nira boleh terus diminum terus atau segar. Lebih sedap lagi jika disejukkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu atau dicampurkan dengan ais sebelum diminum.

Air nira adalah jenis beralkohol rendah iaitu antara 4 hingga 5 peratus. Dalam julat peratusan itu ia dianggap halal untuk diminum oleh orang Islam. Ia tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan minda.

Namun, peratusan alhohol akan meningkat apabila ia dibiarkan menjadi masam atau diperam. Ia dinamakan proses fermentasi yang menyebabkan kadar alkohol meningkat.

Minuman yang mempunyai peratusan alkohol tinggi boleh merosakkkan minda dan membahayakan kesihatan.

Orang Islam diharamkan minum air tuak masam yang tinggi kandungan alkohol.  

Gambar: Air tuak dalam botol disejuk menggunakan ketulan ais untuk mengelak menjadi masam.

No comments:

Post a Comment