Tapak
kaki ada jenis melengkung, sederhana rata, rata sepenuhnya atau bengkok ke
dalam. Jenis bentuk tapak kaki memberi kesan kepada kesihatan.
Kaki
rata merujuk kepada keadaan gerbang atau lengkungan kaki tersentuh sepenuhnya
atau hampir lengkap pada tanah ketika individu itu berdiri.
Individu
yang memiliki tapak kaki sederhana rata, rata sepenuhnya dan bengkok ke dalam
adalah individu mempunyai pelbagai masalah kaki. Manakala bagi mereka yang
mempunyai tapak kaki melengkung tidak perlu risau kerana bentuk kaki jenis itu
normal.
Kebiasaannya
ramai individu yang mengalami masalah bentuk tapak kaki rata sepenuhnya.
Masalah itu disebabkan faktor keturunan, pemakaian kasut yang tidak sihat dan
otot kaki tidak kuat.
Individu
yang mempunyai jenis tapak kaki rata sepenuhnya bakal berdepan masalah
kesihatan apabila meningkat dewasa dan seterusnya ketika tua.
Jenis
tapak kaki rata sepenuhnya ialah satu bentuk kecacatan kaki. Kecacatan ini
boleh diperbetulkan dan diatasi sebelum individu terbabit berusia 14 tahun kerana
ketika itu tulang masih lembut dan boleh dibentuk semula.
Bagaimanapun,
sekiranya masalah ini tidak diperbetulkan sehingga individu itu dewasa, mereka
akan kekal dengan keadaan kaki itu selama-lamanya.
Keadaan
itu bukan saja memberi tekanan kerana perlu menanggung kesakitan dalam tempoh
lama malah lebih membimbangkan apabila ia bakal memberi kesan negatif terutama
kepada kesihatan individu itu.
Ibu
bapa atau golongan dewasa seharusnya memainkan peranan dengan bersikap lebih
prihatin memantau perkembangan tapak kaki anak sama ada normal atau luar biasa
kerana jenis atau kecacatan kaki hanya boleh dilihat selepas berusia lima
tahun.
Golongan
itu akan mengalami masalah kesakitan seperti sakit pada tumit, tulang kering,
tulang belakang, leher, lutut, postur badan yang tidak seimbang dan pergerakan
jalan yang tidak cantik.
Semua
kesakitan akibat kecacatan itu hanya akan dirasai selepas individu terbabit
meningkat dewasa kerana ia tidak terlihat ketika individu itu masih
kanak-kanak.
Lama-kelamaan
individu terbabit akan berterusan berasa sakit kerana keadaan kaki akan
bertambah teruk sekiranya ia tidak ditangani dengan betul.
No comments:
Post a Comment