Gembira melihat gambar yang memaparkan
semangat kesukarelawan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan
di media-media sosial. Melihat semangat yang mereka tunjukkan, berasa semangat
untuk turut serta. Namun, disebabkan keterbatasan tenaga dan kesihatan, ia
sekadar tersimpan di dalam hati.
Maka itu, sebagai sokongan kepada sukarelawan, apa yang mampu ambo lakukan ialah menggunakan gambar-gambar itu dan digabungkan dalam bentuk tulisan, maka terakamlah di dalam blog untuk dikongsikan mengenainya kepada seluruh pembaca.
Biarpun sekadar berkongsi dengan cara menyebarkan di media sosial, itu juga diharapkan dapat memberi sedikit bakti dan penyertaan paling kecil dalam dunia kesukarelawaan. Dengan menyebarkan semangat kesukarelawan agar lebih banyak yang mengetahui mengenai BSMM Negeri Kelantan dan mudah-mudahan lebih banyak yang sudi menjadi sukarelawan atau memberi sumbangan.
Sebenarnya banyak orang tidak mengetahui mengenai BSMM. Kalaupun ada yang mengetahuinya kerana pernah menyertai persatuan bertaraf antarabangsa ini sebagai kokurikulum ketika di sekolah dahulu.
Betapa besar pengorbanan dilakukan sukarelawan BSMM. Biarpun agensi lain juga ada sukarelawan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Sukarelawan Bomba dan Askar Watanian, mereka berada di bawah satu agensi dan kementerian yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan mendapat elaun bertugas.
Namun, jauh berbeza dengan semangat kesukarelawan BSMM sepenuhnya sukarela yang tidak melibatkan imbuhan kewangan di atas segala kerja yang dilakukan. Malah, untuk melakukan aktiviti kesukarelawan pun terpaksa mencari dana sendiri daripada para penyumbang yang menghargai dan “simpati” kepada semangat kesukarelawan ditunjukkan ahli BSMM.
Biarpun tidak mendapat balasan dalam bentuk kewangan di atas apa yang dilakukan, mereka puas dan bersyukur dapat membantu. Semangat kesukarelawan mengajar mereka untuk melakukan tugas tanpa balasan kewangan.
Kebanyakan mereka bukan sehari dua menceburkan diri dalam bidang kesukarelawan. Ada yang sudah puluhan tahun menjadi sukarelawan. Bahkan ada yang sudah lebih 50 tahun berbakti menabur jasa menjadi sukarelawan. Mereka seperti telah terkena “sumpahan” semangat kesukarelawan. Mereka sudah mencapai tahap “gila” melakukan tugas kesukarelawan.
Jadi, kepada yang tidak mampu terlibat secara langsung melakukan tugas kesukarelawan di lapangan, bersama-samalah membantu sebarkan berita aktiviti mereka di media sosial. Mereka tidak mengharapkan sanjungan di atas khidmat bakti yang dicurahkan, tetapi amat “bodoh” dan “zalim” kalau kita tidak menyanjung mereka sebagai wira tidak didendang.

No comments:
Post a Comment