Friday 10 September 2021

HALBA MEMPUNYAI BANYAK KEBAIKAN

 
Halba mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi. Halba adalah penawar yang amat hebat kepada pelbagai penyakit. Dipercayai herba ini telah digunakan sejak zaman berzaman dan amat penting dalam perubatan islam ketika itu.

Menariknya herba ini kepada kaum lelaki, hormon testosterone lelaki meningkat dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.

Manakala kepada kaum hawa, herba rempah ajaib ini dapat merangsangkan penghasilan hormon estrogen dan oleh yang demikian ia dapat merangsang pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja.

Antara lain kelebihan dan khasiat halba adalah:
- Mencuci perut.

- Mencuci darah kotor. 
- Merembes insulin.
- Mengurangkan kadar glukosa darah.
- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak. 
- Meningkatkan tenaga secara semulajadi.
- Membantu masalah kegemukan.
- Menguatkan fungsi jantung.
- Merawat masalah sembelit.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mengatasi masalah senggugut.
- Melegakan masalah sakit kepala.
- Menguatkan fungsi rahim.
- Merangsang dan menyubur rahim.
- Mengetatkan dan meremajakan rahim.
- Menghilangkan lendir dan sakit tekak.
- Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
- Membantu mengurangkan ketagihan rokok.
- Membantu kecerdasan kanak-kanak meningkat baligh.
- Memperbanyakkan air susu ibu.
- Mengaktifkan kalenjar susu.
- Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi.
- Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
- Menambah tenaga seksual lelaki dan wanita.
- Memelihara keseimbangan kadar hormon dalam badan.
- Memelihara keanjalan kulit.

No comments:

Post a Comment