Wednesday 19 May 2021

Jangkitan VOC amat membimbangkan

Varian of Concern (VOC) atau varian yang membimbangkan ini telah merebak dengan pantas di seluruh dunia dan dikaitkan dengan kadar kematian yang lebih tinggi.

Tiga (3) VOC yang telah dikesan di Malaysia adalah :
- Varian Afrika Selatan (B.1.351) - telah dikesan berada di Kelantan
- Varian United Kingdom (B.117)
- Varian India (B.1.617.1)

Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala seperti demam, batuk dan bersin.

Pesakit akan mengalami sakit sendi, lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan

VOC merebak terus ke paru-paru dan tanda radang hanya boleh dikesan secara X-Ray

Saringan biasanya menunjukkan keputusan negatif walaupun pesakit sudah berada pada tahap yang serius.

Gelombang ini lebih berbahaya daripada sebelumnya.

Masyarakat dinasihatkan untuk meningkatkan pematuhan SOP, duduk di rumah dan keluar bila perlu sahaja. Kuarantin kendiri demi memutuskan penularan Covid-19.

Terus berdoa semoga kita semua terhindar dari dijangkiti. InsyaAllah.

FB: YB Dr Izani Husin

19-05-21

 

No comments:

Post a Comment