Wednesday 30 May 2018

LELAKI KEKAL GHAIRAH PADA USIA TUA

Tua-tua keladi. Itulah sikap lelaki yang semakin tua semakin menggatal. Jiwa dan perangai masih tidak berubah seperti pada usia muda. Ghairah kepada wanita tidak pernah padam. Ada yang menggatal dengan perempuan sebaya dengan anak sendiri.

Itulah hakikat dunia lelaki. Dari aspek ghairah seorang lelaki, ia memang tak pernah padam dari remaja sehingga usia tua. Yang berbeza mungkin dari segi keupayaan seksual. Itu tidak dapat dinafikan dialami kebanyakan lelaki tua.

Kenapa ghairah lelaki tak pernah padam? Kadar hormon testosteron lelaki tidak mengalami penurunan walaupun usia semakin menua. 

Testosteron ialah hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot yang kasar, misai serta perubahan suara.

Walaupun tahap testosteron tidak mengalami penurunan ketika lelaki bertambah umurnya tetapi ada syaratnya. Lelaki itu mesti berada dalam keadaan sihat walafiat tanpa memgambil sebarang ubat-ubatan.

Maksudnya, kesihatan adalah syarat utama untuk lelaki mengekalkan keghairahannya. Jika kesihatan terganggu, misalnya gejala sakit jantung, hormon seks lelaki ini juga akan menurun.

Begitu juga dengan obesiti boleh menyebabkan penurunan kadar testosteron lelaki. Dalam kata lain, ghairah seks lelaki tak akan menurun kerana usia tetapi ia berlaku akibat gejala penyakit.

Jadi kepada lelaki, yang mahu kekal ghairah perlulah bijak menjaga kesihatannya. Dan, kepada wanita pula seharusnya memahami keperluan dan kehendak lelaki berumur yang sihat ini.

Umur sepatutnya tidak menjadi penghalang untuk menikmati aktiviti seks yang nyaman dan memuaskan. Semakin bertambah usia, kehidupan seks seseorang sepatutnya bertambah baik dan menyenangkan.

Cubalah ambil sudut positif pepatah tua-tua keladi dan tua-tua terung masam ini. Yakinilah, lelaki yang sentiasa berfikiran muda akan sentiasa berusaha menjaga kesihatannya. 

Siapakah yang untung jika lelaki sentiasa dalam keadaan sihat walaupun umurnya semakin lanjut?

Jangan rugikan masa tua anda. Mengabaikan seks sama maksudnya mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti malas bersenam, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang dan menjalin hubungan terlarang. 

No comments:

Post a Comment