Tular
di media sosial dakwaan kira-kira 54,000 warga China
dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia untuk menjadi “pengundi DAP”.
Perkara itu ditularkan berdasarkan kepada kenyataan
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail pada 9 Jan lalu berhubung
54,000 permohonan kerakyatan.
Kenyataan itu telah dimanipulasi atau
dijadikan propaganda pembangkang yang menggunakan jumlah itu sebagai angka keseluruhan
warganegara China yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
Sedangkan sebenarnya jumlah 54,000
permohonan tersebut merujuk permohonan dari 2017 hingga 2022 meliputi pelbagai
permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari
pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7000
permohonan telah diluluskan dalam tempoh tersebut.
Secara statistik, ini menunjukkan purata kira-kira
9000 permohonan kewarganegaraan diterima setiap tahun dan hanya purata 1,166
permohonan diluluskan dalam setahun atau hanya purata 3 orang sehari
diluluskan.
Perlu diingatkan sekali lagi, jumlah
permohohanan 54,000 dan yang diluluskan 7,000 itu bukan semua dari warganegara
China. Ia meliputi semua kategori dan dari semua negara. Dan jumlah itu
termasuklah pasangan yang berkahwin dengan warganegara Malaysia.
Hakikatnya, sejak 2019 hingga 31 Julai
tahun ini, katanya, hanya 45 warga China diberikan kewarganegaraan Malaysia.
Kalau ikut purata tahunan, seramai 11 orang warganegara China mendapat
kerakyataan Malaysia dalam setahun.
Diharap fakta ini dapat menjelaskan
kekeliruan dan keresahan orang ramai berhubung dakwaan disebarkan di media
sosial.
Penganugerahan taraf kewarganegaraan
merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang
benar-benar layak dan memenuhi syarat.
Proses yang dilaksanakan JPN tertakluk
kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat
kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.
No comments:
Post a Comment