Sejak perjuangan kita merebut kemerdekaan
pada tahun 1957, Malaysia telah melalui perjalanan yang panjang, penuh dengan
cabaran dan ujian. Pelbagai cabaran politik, ekonomi, dan sosial telah
membangkitkan ketegangan dan mempertaruhkan kesepaduan kita.
Namun, kita telah menunjukkan kepada dunia
bahawa kepelbagaian yang ada di kalangan kita bukanlah beban, malah merupakan
sumber kekayaan yang harus kita hargai dan pelihara.
Ini kerana Malaysia adalah rumah bagi
pelbagai etnik, agama, dan budaya. Kita memiliki bahasa yang beraneka ragam,
kepercayaan yang beragam, dan tradisi yang unik.
Slogan walau kita berbeza, namun tetap
teguh bersama adalah sangat relevan dengan masyarakat Malaysia. Dalam dunia
yang semakin kompleks ini, kita dituntut untuk memahami dan menghargai
perbezaan, tanpa mengabaikan persamaan dan kepentingan bersama.
Negara kita juga sedang menghadapi cabaran
global dan teknologi yang berkembang pesat, Oleh itu, adalah penting untuk kita
mengukuhkan semangat perpaduan dan kepelbagaian yang di dalam masyarakat.
Dengan berpegang pada nilai-nilai keadilan,
toleransi, dan saling menghormati diharap agar kita dapat mewujudkan sebuah
negara Malaysia yang stabil dan harmoni, serta dapat memberikan sumbangan yang
berharga kepada dunia.
Raikanlah perbezaan di antara kita dengan
sikap yang lebih terbuka dan berlapang dada. Jauhi sengketa kecil seperti
perbezaan ideologi politik kerana kita mempunyai sesuatu yg lebih besar untuk
dipertahankan iaitu perpaduan dalam masyarakat demi memenuhi harapan sebuah
negara yang makmur dan harmoni.
Dr Hafidzah Mustakim
ADUN N09 Kota Lama
ADUN N09 Kota Lama
No comments:
Post a Comment