Cara
hidup sebegini begitu meluas di negara Barat yang menjadi punca kejatuhan moral
golongan muda di sana. Sebenarnya masyarakat di Barat semakin menuju kehancuran
disebabkan masalah keruntuhan moral rakyatnya. Kemajuan sains dan teknologi
tidak mampu bertahan jika moral rakyat musnah.
Malah,
masyarakat yang moralnya musnah akan menggunakan kemajuan sains dan teknologi
untuk menghancurkan sesama manusia. Akhirnya, manusia akan musnah akibat
menggunakan hasil ciptaan manusia sendiri.
Cara
hidup demikian tidak ubah seperti hidup di alam haiwan. Haiwan tidak membezakan
antara tua dan muda. Siapa lebih kuat dialah yang akan berjaya mendapat apa
diingini. Tidak ada status dalam masyarakat haiwan untuk dihormati dan
diutamakan.
Itu
sudah tabie kejadian haiwan yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Sesungguhnya
sesiapa yang mengikut tabie haiwan, dia adalah lebih hina daripada haiwan.
Sekarang
ini didapati amalan yang diamalkan di alam haiwan ini semakin menular di dalam
masyarakat. Golongan muda tidak mempedulikan kehadiran golongan tua di sisi mereka.
Jika melibatkan perebutan atau mendapat yang lebih baik, golongan muda sanggup
bertanding dengan golongan tua.
Contohnya,
golongan muda tidak peduli jika orang tua berdiri di dalam bas asalkan dia
mendapat tempat duduk. Kononnya siapa dahulu dia yang dapat dan masing-masing
membayar harga tiket yang sama.
Tiada
rasa hormat golongan muda terhadap golongan tua sedikit sebanyak dicontohi
daripada siaran televisyen. Banyak rancangan dan sitcom yang menonjolkan sikap
biadab golongan muda terhadap golongan tua.
Di
manakah letaknya nilai jati diri bangsa yang terkenal mengamalkan budi pekerti
yang mulia. Perbuatan mempermain-mainkan golongan tua samalah melakukannya
terhadap ibu bapa sendiri.
Cerita
lawak menunjukkan golongan tua dipermain-mainkan banyak mempengaruhi minda
golongan muda. Kita dapat perhatikan gaya bercakap menengking, memperbodohkan
orang tua, mempersendakan fizikal orang tua dan penggunaan bahasa kesat menjadi
ikutan golongan muda yang tidak dapat membezakan hiburan lawak dengan realiti
yang perlu diikuti.
Sebenarnya
boleh dikatakan bahawa perbuatan memaki golongan tua samalah dengan memaki dan
mengutuk ibu bapa sendiri. Sesungguhnya
dosa memaki ibu bapa adalah amat besar. Begitulah juga dosa memaki golongan
tua.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seseorang
lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang merasa takjub bagaimana orang yang
cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal
merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak-anak.”
Lantas
baginda ditanya: “Bagaimana seseorang itu mengutuk ibu bapanya?”. Rasulullah
menjawab dalam sabdanya bermaksud: “Bila orang itu memaki ayah orang lain, lalu
orang lain membalas maki ayahnya. Kemudian dia memaki ibu orang lain, lalu
orang lain itu membalas maki ibunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Amalan
menghormati golongan tua bukan saja perintah agama, tetapi budaya yang
diamalkan dalam masyarakat bertamadun. Masyarakat yang menghormati golongan tua
mencapai tahap hidup lebih selesa, selamat dan berjaya.
Dalam
kebanyakan adat kaum ada yang menjadikan amalan ritual menyembah atau
menghormati golongan tua sebagai satu ‘sembahyang’ bagi memohon restu. Sesiapa
tidak menghormati golongan tua dianggap melanggar pantang larang dan bakal
menerima musibah dalam kehidupan seharian.
Begitu
besar sekali kedudukan golongan tua yang dianggap sebagai punca kesejahteraan,
keuntungan dan kejayaan hidup.
Sebagai
penganut Islam, perbuatan tidak menghormati golongan tua bukan sekadar
melanggar pantang larang, tetapi melanggar perintah Allah. Amat berat balasan
melanggar perintah Allah. Pantang larang sekadar adat, tetapi perintah Allah
melibatkan keimanan dan ketakwaan.
No comments:
Post a Comment