Itulah hakikat dunia lelaki. Dari aspek ghairah seorang lelaki, ia
memang tak pernah padam dari remaja sehingga usia tua. Yang berbeza mungkin
dari segi keupayaan seksual. Itu tidak dapat dinafikan dialami kebanyakan
lelaki tua.
Kenapa ghairah lelaki tak pernah padam? Kadar hormon testosteron
lelaki tidak mengalami penurunan walaupun usia semakin menua.
Testosteron ialah
hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan
perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot
yang kasar, misai serta perubahan suara.
Walaupun tahap testosteron tidak mengalami penurunan ketika lelaki
bertambah umurnya tetapi ada syaratnya. Lelaki itu mesti berada dalam keadaan
sihat walafiat tanpa memgambil sebarang ubat-ubatan.
Maksudnya, kesihatan adalah
syarat utama untuk lelaki mengekalkan keghairahannya. Jika kesihatan terganggu,
misalnya gejala sakit jantung, hormon seks lelaki ini juga akan menurun.
Begitu juga dengan obesiti boleh menyebabkan penurunan kadar
testosteron lelaki. Dalam kata lain, ghairah seks lelaki tak akan menurun
kerana usia tetapi ia berlaku akibat gejala penyakit.
Jadi kepada lelaki, yang mahu kekal ghairah perlulah bijak menjaga
kesihatannya. Dan, kepada wanita pula seharusnya memahami keperluan dan
kehendak lelaki berumur yang sihat ini.
Umur sepatutnya tidak menjadi penghalang untuk menikmati aktiviti
seks yang nyaman dan memuaskan. Semakin bertambah usia, kehidupan seks
seseorang sepatutnya bertambah baik dan menyenangkan.
Cubalah ambil sudut positif pepatah tua-tua keladi dan tua-tua
terung masam ini. Yakinilah, lelaki yang sentiasa berfikiran muda akan sentiasa
berusaha menjaga kesihatannya.
Siapakah yang untung jika lelaki sentiasa dalam
keadaan sihat walaupun umurnya semakin lanjut?
Jangan rugikan masa tua anda. Mengabaikan seks sama maksudnya
mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti malas bersenam, kurang tidur,
pemakanan tidak seimbang dan menjalin hubungan terlarang.
No comments:
Post a Comment