Menghormati golongan tua, tidak kira apa hubungan persaudaraan
mereka dengan kita adalah sebahagian tanggungjawab menghormati bapa, ibu,
datuk, nenek dan saudara mara sendiri.
Jika
difikirkan, menghormati golongan tua bukanlah satu bebanan yang berat untuk
ditunaikan. Mereka bukannya meminta dilebihkan dalam layanan dan penghormatan.
Golongan tua sememangnya menyedari bahawa zaman mereka sudah berlalu. Tidak ada apa lagi yang hendak direbut melainkan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan selesa.
Golongan tua sememangnya menyedari bahawa zaman mereka sudah berlalu. Tidak ada apa lagi yang hendak direbut melainkan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan selesa.
Sebenarnya
rata-rata golongan tua merasa sudah memadai jika mereka dilayan secara
sederhana. Cukuplah sekadar mereka diberi keistimewaan dalam hal-hal tertentu
bagi membolehkan hidup selesa dan selamat. Apa yang penting ialah mereka tidak
disisih dan dihina disebabkan usia tua.
Ramai
merasai rungsing apabila memikirkan keadaan hidup menghadapi usia tua.
disebabkan wujud fenomena banyak golongan tua mengalami kehidupan usia tua
dengan keadaan suram.
Kerungsingan
ini berasas memandangkan kes anak melayan ibu seperti orang gaji semakin
meningkat. Banyak ibu bapa dihantar oleh anak mereka ke rumah kebajikan, dan
banyak juga orang tuan yang hidup merepat di jalanan.
Sebenarnya
menghormati golongan tua bukan sekadar terhadap ibu bapa dan orang yang
mempunyai pertalian persaudaraan dengan kita. Sebaliknya, wajib bagi setiap orang muda menghormati orang tua, tanpa
mengira pertalian persaudaraan, kedudukan dan kekayaan.
Sesungguhnya,
Rasulullah menjelaskan sesiapa yang tidak menghormati golongan tua sebagai
bukan orang beriman. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah dari golongan kami,
sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak
kacil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
Sikap
golongan muda yang menganggap golongan tua membebankan, menyampah, dan
mengganggu adalah amat biadab. Mereka lupa suatu hari nanti mereka juga akan
menempuh alam tua. Sudah tentu mereka tidak mahu nasib yang dialami golongan
tua sekarang akan menimpa pula ke atas diri mereka.
Sesungguhnya
Allah Maha Adil memberi pembalasan. Sesiapa yang tidak menghargai golongan tua,
bakal menerima kifarah pada usia tua nanti. Biasanya golongan tua sekarang yang
diabaikan adalah terdiri daripada mereka yang ketika usia mudanya selalu
mengabai golongan tua.
No comments:
Post a Comment