Friday 27 January 2023

MEMBANTU SELAGI MAMPU

 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Secara tersirat, masyarakat penyayang akan mengamalkan sikap saling menolong kerana itulah amalan warisan yang diperturunkan daripada nenek moyang kita, 'sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.'

Pembentukan masyarakat penyayang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Kita perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan usaha ke arah masyarakat penyayang bagi mewujudkan negara bangsa yang cemerlang.

Kita hidup dalam satu keluarga besar. Perkataan keluarga mempunyai banyak konotasi, antaranya saling membantu, hormat-menghormati serta bermaaf-maafan dalam suasana mesra dan berkasih sayang. Maksud itulah yang mendasari kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Umpama sebuah lukisan dengan pelbagai warna menarik mencerminkan kehidupan yang harmoni. Setiap warna dan bentuk yang terlukis mempunyai makna yang cukup besar. Saling melengkapkan dan memberi makna secara keseluruhan.

Anda boleh bersama-sama membantu mereka yang memerlukan melalui Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK).

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment