Thursday 12 May 2022

FELDA CHIKU DUA, GUA MUSANG

 
Felda Chiku 02 merupakan sebuah penempatan peneroka yang terletak di jajahan Gua Musang, Kelantan. Jaraknya dari bandar Gua Musang adalah kira-kira 40 kilometer. Manakala dari bandar Kuala Krai dan Kota Bharu masing-masing 80 kilometer dan 150 kilometer.

Felda Chiku 2 terletak dalam gugusan Felda Chiku termasuk Felda Perasu dan Felda Aring.

Kedudukan Felda Chiku 2 ialah bersebelah dengan jalan utama Kuala Krai-Gua Musang. 

Kawasan Felda Chiku 2 dihubungkan dengan jalan raya berturap yang dinamakan dengan nama pahlawan Melayu seperti Jalan Mat Kilau, Jalan Tok Janggut, Jalan Datok Bahaman dan lain-lain lagi nama-nama pahlawan yang digeruni oleh penjajah suatu masa dahulu.

Di tengah-tengah kawasan petempatan peneroka ini terdapat sebuah gua batu kapur yang dipanggil Gua Chiku 2.

Gua Chiku 2 kini menjadi daya tarikan baharu ke kawasan tersebut, yang sekaligus menjadi sebagai satu produk pelancongan.

Gua yang berada di kawasan tanah berkeluasan 15 ekar itu mempunyai tiga pintu gua dan ia boleh didaki oleh semua lapisan peringkat umur termasuklah golongan kanak-kanak.

Gua dengan ketinggian 300 kaki itu, pengunjung pasti terpukau dengan struktur bentuk batu yang cantik, unik dan mempesonakan.

Di tingkat 1 Gua Chiku 2 itu terdapat pelbagai binatang dan benda unik berbentuk batu.

Antaranya ialah batu yang menyerupai bentuk gajah, ikan, katak, ular, cicak, burung helang, buaya, orang tidur, mahkota, kasut, saji dan air terjun tujuh tingkat.

No comments:

Post a Comment