Monday 12 April 2021

WANITA LEBIH BERJAYA DALAM PERNIAGAAN BERSEMUKA

Sifat semulajadi wanita pandai memujuk dan merayu menjadikan mereka lebih ramai menceburi perniagaan jualan bersemuka dan pemasaran berbilang tingkat (MLM) berbanding golongan lelaki.

Ini terbukti apabila statistik menunjukkan penglibatan kira-kira 63% wanita dalam syarikat jualan langsung berbanding lelaki.

Jualan bersemuka sebenarnya tidak memilih jantina. Namun, wanita mempunyai kelebihan pandai memujuk dan merayu menjadikan majoriti yang berjaya adalah golongan berkenaan.

Tambah lagi, kebanyakan produk yang dijual secara bersemuka adalah berkaitan makanan tambahan, kosmatik dan bahan keperluan rumah yang mempunyai hubungan rapat dengan wanita.

Penyertaan wanita dalam pemasaran bersemuka menjadi pilihan kerana tidak memerlukan banyak modal. Mereka tidak perlu menyediakan kemudahan kedai dan penyimpanan stok yang banyak.

Pendapatan bergantung kepada kemampuan mempengaruhi pelanggan sehingga ada yang mampu memperoleh pendapat puluhan ribu ringgit sebulan.

Tambah lagi jika ia melibatkan MLM yang mana pendapatan diperolah bukan sahaja melalui jualan individu, tetapi juga jualan dibuat kumpulan. Pemimpin MLM berpeluang mendapat keuntungan hasil pembentukan kumpulan yang dipimpin.  

No comments:

Post a Comment