Tuesday 30 March 2021

JELAPANG BANDAR SATELIT IPOH

Jelapang adalah tempat menyimpan padi atau rumah padi. Jelapang juga dikenali kepuk. Manakala jelapang padi adalah kiasan atau gambaran bahawa tempat itu banyak menghasilkan padi.

Namun, tempat yang dinamakan Jelapang yang terletak di yang terletak di daerah Kinta, Perak tiada kaitan dengan rumah padi mahupun kawasan menanam padi. Jelapang bukanlah kawasan sawah padi dan tidak pernah ditanam dengan padi kerana kawasan ini agak tinggi dengan tanah jenis laterit.

Jelapang merupakan bandar satelit bagi bandar raya Ipoh, Perak. Jelapang menjadi pelengkap bagi bandar Ipoh yang semakin berkembang. Antara tempat yang berdekatan dengan Jelapang ialah Meru, Sungai Rokam, Pekan Razaki, Tasek, Kampung Tawas dan lain-lain.

Jelapang merupakan kawasan penempatan industri iaitu Kawasan Perindustrian Jelapang.

No comments:

Post a Comment