Apabila
disebut mengenai agensi atau pasukan berperanan menjaga keselamatan negara,
maka tergambar tugas angkatan tentera dan polis. Namun, di beberapa buah negara
luar, terdapat agensi yang berkongsi tugas menjaga keselamatan di perairan
negara yang lebih dikenali ‘pengawal pantai’.
Mencontohi
negara luar yang membuktikan peranan pengawal pantai, maka pada 21 April 1999,
bermuala satu kajian untuk mewujudkan sebuah agensi penguatkuasaan.
Hasil
kajian tersebut, pada 21 Ogos 2002, kabinet meluluskan penubuhan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan diikuti pada 16 April 2003,
tertubuhnya tim nukleus sebagai perintis usaha merealisasikan penubuhannya.
Pada
Julai 2004, Akta APMM 2004 (Akta 633) telah diwartakan sebagai tanda ia
sudah secara sah boleh beroperasi sebagai satu agensi mengikut undang-undang.
Namun, Akta 633 hanya mula dikuatkuasakan 15 Febuari 2005, yang mana
tarikh tersebut diisytihar sebagai penubuhan rasmi APMM dan dijadikan sebagai
Hari Ulang Tahun APMM.
Pada
30 Oktober 2005, APMM telah mula beroperasi di Zon Maritim Malaysia dengan
penumpuan diberi kepada perairan Selat Melaka terlebih dahulu.
Pada
6 Jun 2006 bermulanya APMM mengambil alih tugas penyelaras Mencari dan
Menyelamat Maritim dari Jabatan Laut Malaysia bagi mengendalikan operasi
Mencari dan Menyelamat di kawasan tanggungjawab.
Bermula
dengan hanya beberapa buah kapal dan anggota, APMM diberikan tugas bagi
memastikan undang-undang maritim di zon ekonomi eksklusif Malaysia dikuatkuasa
serta memelihara keselamatan termasuk alam sekitar dan operasi menyelamat.
Selain
itu APMM juga diberikan hak menguatkuasakan undang-undang termasuk melakukan
pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim.
Sehingga
kini APMM telah berkembang maju dengan mempunyai lebih dari 113 buah kapal
serta bot laju, 6 buah helikopter dan 2 buah kapal terbang pelbagai guna
kesemuanya diterima dari pasukan Tentera Laut, PDRM, Kastam dan Jabatan
Perikanan bagi tujuan memperkuatkan pasukan APMM ini.
Dengan
bantuan pasukan khas PASKAU dari TUDM dan PASKAL dari TLDM yang dipindahkan,
APMM telah menubuhkan Pasukan Khas dan Penyelamatan atau dikenali sebagai STAR
(Special Team and Rescue) dengan latihan dan diberikan tugas-tugas khas seperti
mengiringi VIP dan menyelamat tebusan.
Dengan
penubuhan STAR ini telah mengukuh dan menguatkan lagi APMM dan memberi keyakinan
kepada rakyat Malaysia bahawa keselamatan persisiran perairan Malaysia ini
adalah selamat dari pencerobohan.
Seperti
kita sedia maklum perairan Malaysia sering menjadi 'laluan tikus' bagi
pendatang asing (PATI) serta kumpulan penyeludupan dadah untuk memasuki negara
ini, bukan itu saja, bot-bot nelayan asing juga sering di dapati menceroboh
perairan negara, kesemua gerakan ini dapat dipatahkan dengan jayanya oleh APMM.
Namun
kejayaan seperti ini tidak akan dapat dilakukan dengan sempurna sekiranya
rakyat negara ini sendiri tidak memberi kerjasama didalam membenteras pendatang
asing dan penyeludup dadah dari memasukki negara ini.
Rakyat
perlu melaporkan sebarang maklumat kepada pihak APMM berhubung setiap salah
laku di perairan negara ini melalui talian MERS 999, terutama mereka yang
tinggal berhampiran persisiran pantai mahu pun para nelayan yang kehidupan
mereka banyak di habiskan di laut.
Sebagai
rakyat kita seharusnya menjadi mata dan telinga kepada APMM ini bagi mencegah
kemasukkan PATI, pencerobohan serta penyeludupan, memungut hasil laut di
perairan negara secara haram dan sebagainya yang jelas telah melanggar
kedaulatan perairan negara kita ini.
Sehingga
kini APMM terus giat melakukan operasi bagi mencegah dan menghalang kemasukan
penyeludup serta pencerobohan PATI bagi memastikan kedaulatan maritim negara
terus terpelihara.
Sesungguhnya,
penubuhan APMM benar-benar bertepatan dengan keperluan dan kehendak negara pada
waktu kini dan mungkin selamanya selagi negara dikelilingi oleh laut dan
pantai.
No comments:
Post a Comment