Monday 21 June 2021

CARA TANGKAP PEPATUNG

Pada masa dahulu kanak-kanak bermain di luar rumah. Antara kegiatan ialah menangkap pepatung.

Cara tangkap pepatung perlu kemahiran. Bergerak perlahan-lahan dan dengan pantas tangan menangkap pepatung yang hinggap di atas dawai, daun pokok dan sebagainya.

Memandangkan sukar mendekati pepatung yang akan terbang apabila kita mendekatinya, cara lain ialah dengan menggunakan lidi atau batang kecil.

Pada hujung batang itu diletakkan getah nangka atau getah perangkap lalat. Dekatkan atau sentuh bahagian ada getah itu pada pepatung. Pepatung yang terkena getah akan melekat dan baharu ditangap menggunakan tangan.

Kanak-kanak suka bermain dengan pepatung kerana gentuknya yang unik. Biarpun pepatung boleh menggigit, tetapi ia tidak menyakitkan. Jadi, digigit pepatung dianggap sebagai satu ‘permainan’.

Sekarang ini, sukar untuk ditemui pepatung terbang atau hidup di kawasan rumah. Maka, tidak pelik jika kanak-kanak sekarang tidak lagi mengenali pepatung. 

No comments:

Post a Comment