Saturday 26 June 2021

Kasut buruk ingin dijual RM40,000

Setiap orang mempunyai penilaian berbeza terhadap sesuatu barang atau produk. Seorang pengumpul barang antik berhasrat untuk melepaskan atau menjual koleksi iaitu sepasang kasut Converse keluaran pertama di dunia yang dihasilkan pada tahun 1917 dengan harga RM40,800.

Harga yang ditawarkan tentulah ‘munasabah’ di kalangan peminat barang antik.

Disalin dan tampal sebahagian yang disiarkan di akaun FB.

Kota Bharu, RM40,800 ..demo tak kenal bare baik.

Kasut Converse Pertama di dunia untuk dilepaskan.

Demi melangsungkan kehidupan, dengan ini saya dengan berat hati terpaksa melepaskan koleksi kasut Converse yang pertama di dunia yang dihasilkan pada tahun 1917 dengan nama Converse Non Skid.

Semuanya masih lengkap kecuali tali kasut yang sudah reput dan juga tapak satu kasut pecah sedikit. Item ini adalah item collection bukan item untuk dipakai (kecuali anda pemilik kasut ini nak pakai silakan).

Kasut ini didatangi bersama-sama dengan sepasang seluar pendek basketball berserta pelindung lutut bagi permainan basketball pada suatu ketika dahulu dan seluar tersebut bertarikh 1916.

Mengikut daripada tuan asal empunya kasut ini dahulu, seluar dan pelindung lutut ini dijumpai bersama-sama kasut ini dan disimpankan ia sehinggalah suatu hari mengelami masalah kesihatan dimana terpaksa menjual segala hartanya yang ada.

Bagi sesetengah orang yang kurang faham atau kurang minat dalam perihal ini akan meremehkan dan mengkeji tentang hal ini dengan mengatakan “kasut buruk tak boleh pakai pon nak jual lagi” atau “baik beli di butik” dan sebgainya, tetapi bagi pencinta/pengkaji tentang sesebuah vintage sneakers, ini bukan sekadar kasut. Ianya adalah sejarah.

Apa yang saya tahu, ada sepasang lagi kasut ini berada di dalam museum Converse di Boston di dalam simpanan rapi pihak mereka. Jadi dengan ini, saya menawarkan untuk collector atau peminat/pengkaji sejarah kasut bagi memiliki kasut ini pula.

No comments:

Post a Comment