Tuesday 29 December 2020

MAKSUD 'PUSU" DIALEK KELANTAN

Dalam dialek Kelantan, perkataan ‘pusu’ adalah merujuk kepada busut. Sebab itu, sarang anai-anai yang membusut atau berlonggok di atas tanah dipanggil pusu. 

Anai-anai bersarang di dalam pusu membentuk koloni anai-anai yang ada raja dan permaisuri serta anai-anai pekerja.

Ada pepatah, ‘berak atas pusu’ yang membawa maksud perbuatan individu atau kumpulan yang mengaku melakukan sesuatu perkara kebaikan yang besar, sedangkan sebenarnya ada pihak lain lebih banyak melakukan perkara kebaikan tersebut.

Cendawan busut pula dipanggil kulat pusu. Dalam dialek Kelantan, cendawan dipanggil kulat.

Kulat pusu tumbuh di kawasan ada pusu, tetapi tidak pula tumbuh di atas pusu. Tanah pusu biasanya keras dan tidak sesuai ada tumbuhan hidup di atasnya.

Pusu ada jantan dan betina, tetapi bukan pasangan untuk melahirkan anak. Jenis pusu jantan atau pusu betina adalah merujuk kepada bentuk pusu berkenaan. 

Pusu betina bentuknya agak besar dan bulat bentuknya. Manakala pusu jantan pula bentuknya lancip iaitu tirus di bahagian atas. 

No comments:

Post a Comment