Apa itu Bachelore Party? Jika diterjemah
secara mudah ia adalah Parti Sebelum Berkahwin atau mana-mana istilah yang
merujuk kepada parti yang diadakan khusus kepada sesiapa, biasanya perempuan,
sebelum mendirikan rumah tangga.
Parti ini mula menular di negara barat dan
seakan-akan sudah menjadi ikutan di Malaysia, biarpun masih belum meluas. Di
Malaysia, parti ini mendapat perhatian apabila ia diadakan di kalangan artis
wanita.
Parti tersebut melibatkan bakal pengantin
bersama dengan rakan-rakan rapat. Majlis diadakan secara semalaman atau satu
tempoh beberapa jam yang lebih lama berbanding majlis atau parti lain.
Di barat, parti tersebut tentu sekali
melibatkan acara yang dipenuhi arak dan perbuatan tidak senonoh. Mereka
berhibur pada skala lupa diri.
Bakal pengantin berhibur dan dihiburkan
seakan-akan mereka tidak akan bertemu lagi. Ia dianggap itu adalah acara “terakhir”
yang boleh disertai oleh bakal pengantin sebelum menjadi isteri.
Biarpun di Malaysia majlis ini diadakan “terkawal”,
tetapi rasanya tidak perlulah diadakan. Tidak perlu terikut-ikut dengan budaya
barat.
Kalaupun hendak diadakan, cukuplah dengan
pertemuan dan jamuan biasa yang disertai dengan ucapan dan kata-kata nasihat
kepada bakal pengantin.
Menjadi isteri bukan penghalang kepada
perempuan untuk terus berhubung dengan teman perempuannya. Kalau ada sedikit
perubahan hanya dalam segi batasan waktu kerana perlu memberi tumpuan kepada
suami dan keluarga.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment