Thursday, 28 January 2021

PERBEZAAN SEPANDUK DENGAN GEGANTUNG

Definisi gegantung ialah jalur kain dan sebagainya yang digunakan untuk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dan sebagainya. Jadi, yang biasa dipanggil banner sepatutnya dipanggil gegantung.

Banner juga sering dipanggil kain rentang. Rentang bermaksud terhulur panjang atau terhulur memanjang. Dengan kata lain, kain rentang juga adalah gegantung.

Manakala definisi sepanduk pula ialah kain, kertas dan lalin-lain bertulis yang dibawa dalam perarakan dan lain-lain untuk menyatakan sesuatu kepada orang ramai dalam lain-lain. 

Banner jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah sepanduk.

Satu lagi istilah yang sinonim dengan sepanduk ialah pelekat. Definisi pelekat ialah helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan.

Satu lagi nama disamakan dengan gegantung ialah ‘banting’. Tetapi carian di Kamus Online tidak menjumpai perkataan ‘banting’ membawa definisi bersamaan dengan gegantung.

Rumusannya, sesuatu yang tertulis atau gambar yang direntang adalah gegantung atau kain rentang dan seumpamanya. Maka, gambar atau tulisan yang dibawa dinamakan sepanduk.

Sepanduk yang rentang dan dilekatkan atau digantung dinamakan gegantung atau kain rentang.

Friday, 22 January 2021

DADU JENIS BUAH TIDAK BOLEH DIMAKAN

Antara jenis buah yang tidak boleh dimakan ialah buah dadu. Tetapi diingatkan agar tidak tertukar dengan buah ladu atau kuih ladu. Ladu sejenis kuih diperbuat daripada tepung beras.

Dadu ialah sejenis kiub yang bertanda titik, dari satu hingga enam, pada kesemua permukannya. Dadu biasanya digunakan dalam perjudian.

Pun begitu, dadu juga digunakan dalam permainan apabila sesuatu benda rawak harus dilakukan, seperti bergerak beberapa petak di atas papan permainan. Contoh permainan yang menggunakan dadu ialah monopoly, petak ular dan sebagainya.

Untuk mendapat nombor, dadu akan dibaling atau digoncang di dalam bekas. Titik di atas akan dikira sebagai nombor bagi sesuatu tujuan.

Dalam filem Melayu Ali Baba Bujang Lapok ada babak Ibrahim Pendek menjadi ‘taukeh’ judi dengan melontar buah dadu. “Mari kita tengok siapa yang kena.” "Tikam! Tikam! Nombor 2 tak bolehlah, sebab nombor dua saya sudah booklah!"

Penggunaan buah dadu tidak haram selagi ia bukan untuk perjudian. Apapun alat atau kaedah digunakan untuk perjudian adalah haram. 

Monday, 18 January 2021

NAMA JOYAH LEKAT PADA NORLIA GHANI

 
Norlia Ghani atau nama lengkapnya, Norlia Ghani Abdul Hamid antara pelakon terkenal malar segar yang masih mempunyai peminat setia biarpun telah berkecimpung di dalam seni lakonan sejak 1969. 

Beliau yang dilahirkan pada 19 Disember 1948 merupakan ibu kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli.

Norlia cukup dikenali rakyat Malaysia sebagai dramatis hebat yang tidak pernah gagal membawakan watak air mata. Antara drama lakonannya yang berbekas dalam ingatan khalayak, termasuklah Quran Buruk, Liang Lahad dan Tanah Kubur.

Filem lakonan pertama Norlia ialah Kachana Tirana pada tahun 1969, filem arahan P Ramle dengan memegang watak sebagai Chempaka.

Joyah adalah watak dipegang Norlia Ghani dalam Opah yang paling diingati. Namun Joyah begitu sinonim dengan Norlia Ghani sehingga sekarang masih ada peminat masih memanggilnya dengan nama itu biarpun drama bersiri popular RTM yang disiarkan pada awal 80-an sudah berlalu lebih 30 tahun.

Watak Opah dipegang oleh Zaiton Hussein, manakala Khatijah Abu Hassan memegang watak Jenab.

Tuesday, 12 January 2021

CARA TUKAR PENAPIS KABIN HAWA DINGIN KERETA

Banyak berlaku kes penghawa dingin atau aircond kereta tidak sejuk. Keadaan itu memang tidak menyenangkan. Fungsi penghawa dingin kereta dianggap sudah satu keperluan, bukan pilihan. Lanjutan itu, pemilik kereta akan ke bengkel penghawa dingin kereta untuk baikpulih.

Sebenarnya, pemilik kenderaan boleh buat pilihan sama ada ingin ke bangkel atau tidak. Kebanyakan kes penghawa dingin kereta tidak sejuk berpunca penapis penghawa dingin atau dipanggil penapis kabin (cabin filter) sudah terlalu kotor sehingga tidak berfungsi lagi.

Kebanyakan kereta model baharu mempunyai penapis untuk menapis habuk daripada memasuki sistem penghawa dingin. Penapis bergantung kepada model atau jenis kenderaan. Sesetengah kereta ada penapis penghawa dingin dan sesetengah kereta tiada.

Jika penapis habuk itu terlalu kotor sehingga tidak mampu lagi ditembusi udara, maka penghawa dingin tidak akan menghasilkan hawa dingin di dalam kereta.

Untuk menukar atau mencuci penapis penghawa dingin tidak sukar. Yang penting tahu kedudukannya. Buka kunci atau penutup dan keluarkan penapis tersebut. Kemudian cuci sama ada menggunakan air atau dengan menyapu debu berkenaan dengan alat bersesuaian.

Kalau penapis sudah terlalu kotor, ia perlu ditukar dengan yang baharu. Ingat, ada jenis penapis yang boleh terus digunakan sehingga bertahun-tahun atau berulang-ulang dicuci.

Kalau belum tahu atau mahir untuk melakukan sendiri, boleh cari cara yang perlu dilakukan dengan mencari di laman sesawang. Banyak panduan secara video disediakan mengikut model kereta masing-masing.

Cara menukar tidak sukar dilakukan asalkan tahu tekniknya. Ia berbaloi berbanding jika menghantarnya ke bengkel. Lainlah, anda jenis yang tidak kisah berapa wang perlu dihabiskan asalkan tidak perlu buat sendiri. Kalau begitu, bengkel adalah destinasi yang perlu dipilih.

Harap panduan kali ini bermanfaat.

Sunday, 3 January 2021

BEKAM CARA RAWATAN TANPA UBAT

Bekam satu kaedah rawatan tanpa ubat. Selamat dan berkesan. Telah lama digunakan sejak ribuan tahun lalu. Banyak kebaikan diperoleh melalui bekam. Kebaikan bekam semakin mendapat sambutan. 

Jurubekam kini dianggap satu kerjaya dan memiliki kelulusan yang diperoleh melalui kursus diadakan secara profesional melibatkan pakar bertauliah. Mereka mahir mengendalikan proses berbekam mengikut keperluan atau permintaan pelanggan. 

Sesiapa ingin berbekam, hubungi:
- Mohd Azmi Ismail - 011-10945152 - Perak.
- Mohd Jurik Ismail - 019-982 3735 - Kelantan.
- Mohd Sharuddin Ismail - 019-921 2030 - Perak dan Kelantan.

Berikut ialah beberapa jenis penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah berbekam, Insya Allah:-
- Kegemukan 
- Penyakit kaki gajah atau untut
- Sakit pinggang
- Sakit perut
- Sembelit
- Gangguan jantung
- Menurunnya fungsi rusuk. 
- Alergi atau alahan makanan tertentu.
- Sengal tulang
- Sesak Nafas
- Asma atau lelah.
- Insomnia atau susah tidur
- Cirit birit
- Kejang otot
- Kencing manis
- Gangguan pundi empedu i
- Menggigil tanpa demam
- Kencing malam
- Tonsil
- Gatal 
- Radang uus besar
- Tekanan tertekan 
- Pusingan haid tidak teratur
- Ginjal
- Tekanan darah tinggi
- Sakit lutut
- Sakit di kaki
- Sakit sekitar tulang belakang
- Gangguan jiwa
- Lumpuh kerana penyumbatan pembuluh darah. 
- Gout
- Menurunnya daya tahan tubuh
- Sinus atau resdung
- Sakit di bahagian perut
- Buasir
- Penyakit jantung
- Mandul
- Terlalu banyak tidur
- Sakit Kepala Sebelah atau migrain
- Memperbaiki peredaran darah
- Pembuluh darah sempit dan tersumbat
- Sakit punggung
- Sakit bahu
- Sakit tengkuk
- Badan kurus
- Untuk membantu berhenti merokok
- Jangkitan kuman
- Melancarkan perjalanan darah
- Tingkatkan daya ingatan
- Tingkatkan konsentrasi atau daya tumpuan
- Tangan kebas
- Salah urat
- Gangguan pada prostat
- Lemah syahwat
- Rasa sakit di bahagian paha
- Tapak kaki sejuk 
- Tumor otak
- Penebalan dan pengerasan telapak kaki
- Gangguan pankreas
- Penyakit mata
- Lemahnya fungsi sel otak
- Tekanan darah rendah
- Berbagai penyakit rahim
- Untuk meningkatkan proktiviti indung telur 
- Batuk kronik.
- Penyakit paru-paru.