Meluruskan saf termasuk di dalam adab-adab
solat berjemaah. Terdapat hadis menceritakan berkaitan kepentingan meluruskan
saf dan sebab yang akan berlaku sekiranya diabaikan perkara ini.
Daripada Abu Mas’ud RA berkata: “Adapun
Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata:
Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut
berselisih.” (Hadis riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda:“Luruskanlah saf kamu atau Allah akan memalingkan wajah-wajah di antara kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Disunatkan oleh imam untuk tidak memulakan
solat sebelum saf diluruskan dan disunatkan juga mengarahkan makmum yang berada
di belakangnya untuk meluruskan saf.
Disunatkan juga, bagi setiap yang hadir (di
dalam saf) meminta agar disempurnakan saf jika terlihat terdapat kecacatan pada
saf tersebut. Ini kerana, ia termasuk di dalam amar makruf dan juga
tolong-menolong di dalam kebaikan serta ketaqwaan yang mana menyempurnakan saf
adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat.
Adapun, sekiranya masjid itu besar, maka
disunatkan untuk melantik seseorang untuk memastikan agar saf-saf diluruskan
dengan cara mengelilinginya atau dengan cara mengarahkan (dengan menggunakan
suara).
Untuk memastikan saf betul dan diisi
sepenuhnya, elok imam tunggu dahulu sekejap sebelum memulakan sembahyang. Beri
sedikat ruang masa untuk makmun melakukannya dengan sempurna.
Kalau masjid besar, tunggu pemakluman dari
petugas bahawa saf di bahagian belakang telah lurus dan penuh.
Nabi SAW bersabda:“Luruskanlah saf kamu atau Allah akan memalingkan wajah-wajah di antara kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment