Tuesday 3 January 2023

ALBADAR BEACH RETREAT PANTAI KANDIS

 
AlBadar Beach Retreat terletak di PT 5532, Kampung Kandis, Daerah Telong, Jajahan Bachok amat sesuai dijadikan lokasi aktiviti berkumpulan untuk organisasi dan hari keluarga.

Lokasi yang terletak berhampiran tepi pantai memberi suasana damai dan sayup mata memandang ke arah laut yang luas.
 
Kawasan tepi pantai yang luas dengan pasir putih halus amat sesuai untuk aktiviti berkumpulan.
 
Selain kemudahan bilik penginapan, ada kolam mandi yang selesa untuk mandi manda dan aktiviti bersesuaian dalam kolam. Tempat letak kenderaan cukup luas untuk menampung kenderaan pengunjung yang datang.  
 

No comments:

Post a Comment