Rakyat terutama yang tinggal di kawasan
kerap berlaku banjir diingatkan agar bersedia untuk menghadapi banjir besar
pada bila-bila masa.
Tindakan seterusnya ialah daripada rakyat
apabila banjir melanda. Amaran banjir berada di tahap waspada dihebahkan dari
masa ke semasa memberi panduan tindakan yang sepatutnya dilakukan rakyat.
Apabila arahan berpindah ke pusat
pemindahan sementara (PPS) dikeluarkan, penduduk di kawasan berkenaan perlu
segera berpindah. Jangan beranggapan banjir tidak akan meningkat sehingga di
tahap bahaya.
Apabila sampai tahap bahaya, proses
berpindah akan menjadi sukar disebabkan kedalaman air semakin dalam yang tidak
dapat dilalui termasuk kenderaan berat.
Penggunaan bot penyelamat agak terhad
kerana bilangannya tidak banyak. Tambahan pula, kalau banjir terlalu besar dan
aliran air laju, kerja-kerja menyelamat sukar untuk dilakukan. Sebelum
keadaan itu berlaku, lebih baik berpindah awal.
Setiap kali musim hujan, satu perkara yang
perlu diingatkan kepada semua ialah soal keselamatan diri dan keluarga.
Keselamatan harta benda seperti kenderaan, peralatan rumah, haiwan ternakan dan
hasil tanaman juga perlu diambilkira.
Banyak ibu bapa menganggap musim hujan sama
seperti hari-hari lain. Anak dibiarkan bebas bergerak dan bermain seperti
biasa. Ibu bapa tidak ambil kisah tentang adanya kawasan mudah ditakungi air di
sekeliling atau berhampiran tempat tinggal.
Dengan kata lain, kemalangan seperti itu
dapat dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu bapa melarang anak-anak mereka
pergi ke tempat itu tanpa kawalan.
Bagi sesetengah orang, musim banjir yang
sepatutnya dihadapi dengan perasaan bimbang, sebaliknya dianggap sebagai satu
pesta.
Musim tengkujuh tidak dianggap sampai
kemuncak jika tidak berlaku banjir. Setiap kali musim banjir mencatatkan
pengalaman berbeza-beza.
Apapun, banjir tetap satu bancana.
Persiapan awal dan langkah berhati-hati perlu dilakukan untuk meminimunkan kadar
kemusnahan dan kerugian akibat bencana banjir.
No comments:
Post a Comment