Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri
Kelantan terus menerima sumbangan daripada pihak swasta, agensi kerajaan dan
orang perseorangan untuk diagihkan kepada magnsa-mangsa banjir, biarpun banjir
telah pulih sepenuhnya.
Antara penyumbang bantuan yang disalurkan
melalui BSMM Negeri Kelantan ialah FAMA Negeri Kelantan (FAMA Kelantan). Bentuk
bantuan ialah berupa produk Agromas yang terdiri beberapa jenis produk makanan
dan rencah masakan.
Produk-produk tersebut dihasilkan oleh
usahawan tempatan yang berkualiti. Selain membantu mangsa banjir, agihan
tersebut diharap dapat memperkenalkan produk-produk keluaran usahawan tempatan dan
dapat berkembang lebih maju pada masa hadapan.
Produk-produk tersebut diserahkan oleh
wakil FAMA Kelantan kepada BSMM Negeri Kelantan yang diwakili timbalan
pengerusinya, Mohd Rozi Mohd Noor.
No comments:
Post a Comment