Thursday 28 March 2024

MENGAPA KAPAL TERBANG DICAT WARNA PUTIH

 
Hampir kesemua kapal terbang dicat dengan warna putih sebagai warna utama, kecuali untu logo, tema dan hiasan tertentu. Bagaimanapu, kapal terbang terbang tentera dicat dengan warna lain.

Tujuan kapal terbang dicat warna putih kerana warna putih lebih berkesan untuk memantulkan cahaya matahari di samping dapat menjimatkan kos.

Malah pesawat supersonik seperti Concorde dicat dengan warna putih khas untuk memantulkan haba apabila bergerak melebihi kelajuan bunyi. Concorde mencapai kelajuan supersonic mach 2 apabila berada dalam keadaan "cruise" pada ketinggian 60,000 kaki. 

Warna putih pada kapal juga sebenarnya mengurangkan risiko serangan burung. Menurut Menkor Aviation, kesan burung pada penerbangan adalah ancaman yang ketara dan kerap sehingga boleh mengancam keselamatan pesawat. 

Di Amerika Syarikat pada 2019, terdapat 17,228 kes perlanggaran antara sebuah kapal terbang dan burung. 

Warna putih membolehkan burung mengenal pasti dan mengelakkan ancaman dengan lebih baik. 

Manakala kombinasi warna yang lebih gelap mengurangkan kontras antara pesawat dan latar belakang visual, menjadikannya lebih sukar bagi burung untuk mengesan pesawat dan meningkatkan potensi serangan burung. 


No comments:

Post a Comment