Dalam
masyarakat pelbagai agama, terdapat aktiviti di masjid yang turut memerlukan
atau dijemput memasuki masjid.
Selain
itu, masjid menjadi destinasi pelancongan kerana wujud ciri-ciri menarik,
terutama seni bina dan perkara yang biasanya tidak diketahui oleh bukan Islam.
Juteru,
orang bukan Islam berminat untuk memasuki masjid dan mendapat pengalaman baru
yang ada antara mereka kali pertama menjejak kaki ke dalam masjid.
Sebenarnya,
keinginan bukan Islam ingin melawat masjid patut dialu-alukan kerana ia menjadi
sebahagian daripada dakwah secara tidak langsung.
Mereka
berpeluang mendekati tempat ibadat orang Islam dan sedikit sebanyak mengetahui
tentang tempat ibadat orang Islam.
Orang
bukan Islam yang melawat masjid akan mengetahui sedikit sebanyak konsep ibadat
orang Islam.
Pada
masa sama mereka akan mempunyai pandangan baik mengenai Islam. Setidak-tidaknya
mereka tidak menganggap Islam agama ekstrem atau mendatangkan bahaya kepada
penganut agama lain.
Mereka
tidak takut untuk masuk ke masjid kerana yakin kepada keamanan dan keselamatan
yang dijanjikan oleh Islam.
Secara
tuntasnya, adalah harus bukan Islam memasuki masjid kecuali Masjid al-Haram. Inilah
pandangan majoriti ulama terdahulu mahupun kontemporari.
Pandangan
ini lebih menepati dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah, selain meraikan
konteks masyarakat majmuk dan hubungan antara agama.
Inilah
juga fatwa yang oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 di bawah
tajuk ‘Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di
Dalam Masjid’.
Muzakarah
telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan
ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan
perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan
sentiasa terkawal dan beradab.
Inilah
pandangan yang diamalkan oleh masyarakat Muslim di seluruh dunia termasuk di
Malaysia. Ia juga terpakai mengharuskan bukan Islam memasuki masjid untuk
tujuan lain yang bermaksud untuk kebaikan.
Namun
demikian, adab-adab di dalam masjid mestilah dipelihara dan petugas-petugas
masjid mestilah mengambil tanggungjawab bagi memastikan tiada salahlaku dan
perlakuan tidak sopan terjadi di dalam masjid dan perkarangannya.
Gambar: Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment