Thursday 17 October 2019

WARGANET KREATIF MAINKAN ISU

Warganet memang kreatif. Apa sahaja isu yang tular di media sosial, pasti akan ada idea kreatif untuk memugarkan atau menjadikan ia terus tular dalam tempoh masa tertentu.

Contohnya, hari ini (17 Okt 2019) tular gambar gari. Bagi mereka yang tidak ikuti isu semasa di media sosial pasti tertanya-tanya mengapa tiba-tiba gambar gari banyak berlegar di media sosial.

Sebenarnya gambar gari itu satu 'jenaka' untuk ditujukan kepada seorang ahli politik yang 'berkasar' dengan anggota polis yang tidak membenarkan beliau melawat orang kena tahan (OKT) yang juga seorang ahli politik.

Ketika bertikam lidah itu, seorang anggota menyuruh kawannya untuk mengambil gari, kononnya hendak mengari ahli politik itu jika terus tidak mahu mengikut arahan tidak membenarkan beliau melawat OKT.

Ahli politik tersebut memang sering mendapat perhatian warganet akibat tindakan atau sikapnya yang tidak selari dengan kedudukannya sebagai orang pemimpin politik.

Malah perkataan 'beliau' ditujukan kepada ahli politik tersebut disebabkan menggunakan penjodoh ganti nama 'beliau' ditujukan kepada babi.

No comments:

Post a Comment