Wednesday 16 October 2024

BATU WANITA MENGANDUNG

 
Batu Wanita Mengandung atau Hajar el-Hible merupakan batu terbesar yang pernah dibentuk atau dihasilkan oleh manusia. Batu Wanita Mengandung yang terletak di Baalbek, Lubnan itu dipercayai telah dihasilkan sekitar abad pertama Sebelum Masihi.
 
Ukuran batu itu kira-kira 21.5 meter panjang, 4.8 meter lebar, dan 4.2 meter tinggi. Beratnya dianggarkan 907,185 hingga 1,088,622 kilogram). Ia terletak tidak jauh jauh dari Kuil Venus, Kuil Bacchus, dan Kuil Jupiter
 
Batu Wanita Mengandung itu memberi gambaran betapa hebat keupayaan jurutera dan mereka yang terlibat menghasilkannya. Penghasilannya, tidak kira untuk maksud apa, ia satu sejarah hebat yang membukti bahawa keinginan dan kemahiran yang luar biasa diperlukan.
 
Saiz batu itu sangat besar sehingga sebahagiannya kekal berada di bahagian dalam tanah.

No comments:

Post a Comment