Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) adalah
entiti bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Nafas telah dilancarkan pada 31 Mac 1972
oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak bin Hussein. Pada awal
penubuhannya, Nafas dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah
didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan
induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara.
Penubuhan Nafas diilhamkan oleh Tun Abdul
Razak hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaran masa
dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan
peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah
dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta
Pertubuhan Peladang 1973.
Kemudian, seiring dengan perubahan
diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah
didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.
Nafas dianggotai oleh 14 buah pertubuhan
peladang negeri, yang dianggotai oleh 279 pertubuhan peladang kawasan, yang
mempunyai keanggotaan lebih 900,000 orang.
Nafas menceburkan diri dalam pelbagai
aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian dan
mempunyai belasan syarikat.
Nafas juga mempunyai tabung kumpulan wang
untuk menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberikan bantuan kepada
pertubuhan peladang negeri, kawasan dan anggota-anggotanya di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment