Menang atau kalah adat pertandingan. Menang bukan bermakna “sempurna” dan kalah pula bukan bererti tidak berkualiti. Menang dan kalah mungkin atas faktor nasib. Nasib baik membawa kemenangan dan kalah pula kerana nasib baik tidak menyebelahinya.
Menang dalam merebut jawatan bermakna diiringi dengan amanah. Ada tanggungjawab yang perlu dilakukan berkaitan dengan jawatan yang diamanahkan. Kalah juga ada tanggungjawab perlu dilaksanakan iaitu melakukan apa-apa kebaikan yang mampu dilakukan tanpa jawatan.
Memang dalam setiap pertandingan ada pihak yang akan terguris hati namun mereka haruslah bangkit dan bersama-sama dengan kepemimpinan baharu untuk menaikkan organisasi.
Pihak kalah perlu berjiwa besar untuk kekal memberi sumbangan untuk organisasi. Bantu pihak yang menang menjalankan tugas yang sepatutnya. Lakukan yang terbaik seperti anda adalah pemenangnya dalam ruang lingkup yang tidak menyalahi peraturan dan tatasusila.
Pihak menang juga pula perlu berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terbaik. Tunaikan janji-janji yang disebarkan ketika kempen.
No comments:
Post a Comment