Kita biasa menyebut, membaca atau mendengar
perkataan “kohort”. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan istilah sumber bagi
perkataan kohort dalam bahasa Inggeris ialah Cohort.
Maksud kohort dalam bidang gerontologi ialah
kumpulan individu yang dilahirkan pada tempoh yang sama, tetapi tidak
semestinya pada tahun yang sama.
Manakala dalam bidang sosiologi ialah kumpulan taksonomi tidak tetap
yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya
kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order,
atau kumpulan famili yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment