Manusia memang tidak sama pendapat dalam
sesuatu perkara. Pada masa dahulu perkara ini tidak begitu ketara kerana jarang
berjumpa atau dapat bersama-sama. Namun, sekarang ini ia nampak semakin ketara
apabila bila-bila masa dapat ‘bertemu’ di media sosial. Maka, berbeza pandangan
dan keyakinan terhadap sesuatu perkara sentiasa dizahirkan.
Kebebasan di media maya ini kadang-kadang tidak
dapat dikawal sehingga mencetuskan keadaan tidak harmoni dalam hubungan. Medium
yang sepatutnya menyatukan terlah berlaku sebaliknya. Keadaan itu terbawa-bawa hingga di alam nyata.
Untuk tidak menjadikan kumpulan WhatsApp
sebagai medan ‘perang’ tidak berkesudahan hujung pangkal, elok kita memahami fakta ini:
- Memahami dalam kumpulan kita ada pelbagai ragam manusia
- Tidak mungkin semua akan setuju jika
berbentuk cadangan
- Anggaplah bukan aku yang terbaik
- Anggaplah yang orang lain terbaik
- Nilai sendiri mengikut selera dan ilmu
mana yang ok dan tak ok
- Usah mengata pandangan orang lain bila tidak kena selera kita
- Tidak perlu terlalu mengambil serius apa
yang ditulis dan dibaca
- Lapangkan dada dan fikiran
Kalau tidak dapat menerima keadaan, elok tinggalkan kumpulan Whatsapp tersebut. Tidak perlu ribut-ribut dan pening kepala.
No comments:
Post a Comment